Followers

Wednesday, April 29, 2009

ADUHAI...ADUHAI..SIKIT LAGI...

Assalamualaikum..
Salam pagi, salam matahari...hari ini saya akan berangkat pulang ke Terengganu setelah hampir seminggu berada di KL..kenangan sepanjang tempoh tersebut masih berlegar di ingatan. Kesempatan menempel pada dua hari-hari terakhir di Pesta Buku, banyak memberi peluang saya bersemuka atau melihat dari jauh nama-nama besar dalam penulisan, begitu juga orang-orang penting dalam berbagai penerbitan. Tak lupa pada orang-orang yang menyapa dan mengusik di blog. Mersik / Pok Cik ( yang tidak tua...), abang long ( yang sentiasa tersenyum..) Saya masih ingat Mersik ketawa bila saya cakap wajah Pok Cik sangat muda tidak seperti di blog. Saya juga sesekali bergerak ke sebelah, bertemu penulis-penulis alaf, bukan sebagai ’ indah hairani’, bercakap bersembang. Terima kasih Anis, Leeya, Sania, Fatin..Ramlee Awang Mursyid...aduh masing-masing tak menang tangan dengan kerenah peminat. Begitulah..kalau karya sudah berjaya memenangi hati pembaca. Namun mereka tetap tersenyum. Pada hari terakhit, Hani Fazuha muncul sebagaimana yang dijanjikan...orangnya sangat cute, sentiasa tersenyum, mesra..saya sempat mendapatkan RINDU BERBISIK untuk Hani..penghargaan terima kasih pada Hani yang sudi menghayati dan masih mengingati keseluruhan isi dan bercerita tentang HANYA SEBATAS INI. ”Saya sangat suka bahasa kak Ndah. Tak sangka dapat jumpa..saya ingat segala ceritanya” Hani sempat bercerita tentang HANYA SEBATAS INI, malah menyebut nama-nama watak. Terima kasih dik! Saya sempat mengambil peluang naik ke tingkat atas ke booth DBP untuk menjenguk rak-rak buku. Mencari RINDU BERBISIK. Hanya tinggal sebuah. Betul ke? Atau DBP tak bawa? Saya melangkah meninggalkan booth DBP menyelit diri dalam sesak. RINDU BERBISIK saya lupakan, sehingga bertemu dengan En. Mi ( DAWAMA ). ”Ndah..laa awak ada datang ke? Tak cakappun.” Saya hanya tersenyum. ”RINDU BERBISIK tak bawak ke?” ”Eh! Apa tak bawaknya! Alhamdulillah Ndah, memberangsangkan.” katanya. Saya tersenyum. .Aduhai...banyak...banyak..tak tercerita..akhirnya pada jam 6.00 petang kenderaan jabatan telah tiba di PWTC untuk menjemput saya..untuk tugas-tugas rasmi selama empat hari selepas itu. Dengan mengheret bagasi yang besar, saya mencelah orang ramai untuk keluar, Fuh!! Lalu PWTC saya tinggalkan. Terima kasih semua..terima kasih kenangan..tahun depan kita jumpa lagi. INSYA ALLAH. Dan...sekejap lagi saya akan berangkat pulang ke Terengganu setelah 6 hari berada di sini. Saya sudah sangat rindu pada insan-insan tercinta di Terengganu. Wassalam.

Tuesday, April 28, 2009

SAYA....PESTA BUKU 2009

Salam buat semua pembaca budiman
Salam dini hari.
PESTA BUKU 2009..
Banyak yang ingin saya kongsikan..pertemuan, perpisahan, perkongsian..apa lagi? Semuanya. Penulis besar, penulis hebat, semuanya berkumpul termasuk seorang ’saya’ yang hanya bertenggek. Fatin nabila, Dyza Ainun, Zai ( Peminat setia Fatin Nabila seakan menggamit keinginan saya untuk mengekori mereka ke pesta tersebut. Aduhai, saat pertama kali melangkah masuk ke booth Buku prima, terasa kecilnya saya melihat kerumunan pengunjungan dan peminat Buku Prima. Tahniah Buku Prima. Aishah tersenyum melihat kehadiran saya, terima kasih Aishah yang sudi menyambut kehadiran Kak Ndah. Wajah En. Mohd Ali betul di hadapan saya. Saya mendekati beliau. Salam saya berjawab. Alhamdulillah. Beberapa minit kemudian Kak Sara pula yang muncul. Saya mula mengambil tempat, Aishah mencapai beberapa buah HANYA SEBATAS INI di rak lalu disusun di hadapan saya. Aduhai...beberapa pengunjung menjeling ke arah saya. Saya tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran saya. Tiba-tiba saya dikunjungi tiga orang pembaca cilik datang menyapa saya. Memberitahu tentang HSI. Terima kasih dik..Beberapa orang pengujung mencari penulis yang sedang laris. Siapa lagi kalau bukan Siti Rosmizah. Peminat dan pembaca daripada pelbagai peringkat usia. Tahniah Siti....novel-novel Siti telah sebati dengan mereka. Sedikit sebanyak saya terkena tempias Siti. Sebenarnya banyak sangat yang saya ingin kongsikan bersama pembaca. Saya juga ingin katakan, kalau selama ini saya banyak bersembunyi, namun mulai hari ini saya tidak akan berselindung lagi. Maafkan saya selama ini. Dan untuk entri akan datang saya akan berkongsi kegembiraan saya dapat berjumpa Hani Fazuha di penginapan beliau di Serdang. Kepada semua penulis Buku Prima dan Alaf 21, tahniah atas kejayaan ini. Terima kasih dik Hani.Salam bahagia

Monday, April 20, 2009

KUDIYE..KUDIYE....KANTOI BETUL..ISH!

Salam bahagia...dan Assalamualaikum..
Saat saya menulis entri ini, jam di dinding menunjukkan tepat 5 pagi. Lenguh leher, lengan dan badan. Malam tadi saya masuk tidur lebih awal daripada biasa. Jam 10.30 malam. Mata saya seperti dijahit-jahit. Berat. Sehari suntuk di pejabat, sangat pendek waktu saya rasakan. Hingga tidak sempat untuk siapkan kerja yang sepatut saya siapkan...5.30 ptg saya keluar dengan longlai. Dalam perjalanan pulang, saya tekad, saya akanselesaikan juga malam ini. Ish! Kalau waktu seawal jam 10.00, mata dah berat sebegitu rupa, macamana saya nak selesaikan? Macamana esok, macamana ni... saya mula mengadu. Saya mengantuk. ..Tak boleh jadi ni....saya kena tidur jugak. Kedengaran ketawa di hujung telinga saya...sebaik sahaja badan direbahkan. Saya terus tertidur.

Jam dua pagi, HP saya berdering berkali-kali. Aduh! Siapa pulak yang menganggu lena saya ni? Saya terlupa sebelum saya melelapkan mata, saya telah ’arahkan’ hp supaya mengejutkan saya. Kali ini bukan untuk menyiapkan novel saya yang masih tersadai, tetapi menyiapkan slide-slide saya. Klick situ, klick sini, saya senyum. Siap juga ya..., saya mula ’slide show’. Kantoi! Lagu-lagu latar yang saya download tidak kedengaran. Saya mula gabra. Macamana ni? Susahnya saya mencari lagu-lagu perkahwinan berbagai bangsa. Tekan sini tak jadi, tekan situ tak jadi. Panik saya. Nak download semula? Ah! Berkali2 kerja yang sama. Ah! Tak payah lagu-lagu latar. Bisik saya sendirian. Keputusan saya muktamad. Saya termenung sejenak sambil tangan saya yang nakal ini memutar-mutar wayar seperti saya memutar-mutarkan rambut setiap kali saya berfikir. Tiba-tiba..Kudiye..Kudiye..lagu wedding tamil melantun dengan kuatnya.. Saya tersentak dan terbangun sambil mengurut dada. Subhanallah! Rupa-rupanya, wayar earphone. Patutpun lagu-lagu tak berbunyi..ish! Kecoh..Satu pengajaranlah tu..lain kali kena tenang..bisik saya pada diri sendiri.

Apapun...Alhamdulillah. Harap-harap jam 10.00 pagi esok, berjalan lancar... Ya Allah! Saya sudah tidak sabar untuk menyelesaikan tugas besar ini. Saya rindukan watak-watak dalam novel baru saya. Saya rindukan penulisan saya...sekarang 5.35 pagi. Saya nak shutdown....

Ok..salam sayang untuk semua.

Saturday, April 18, 2009

ATAS? BAWAH?................SAMA SAJA!

Assalamualaikum..
Banyak sekali yang ingin saya kongsikan bersama pembaca. Pengalaman masa lalu yang berbagai, kadangkala tidak terkutip oleh saya. Suka, duka, senyum, tangis. Semua itu saya anggap rempah kehidupan. Pelengkap hari. Pengalaman juga mengajar saya sentiasa positif dalam berbagai situasi. Pada saya semua orang penting, dari sekecil-kecil peranan hingga sebesar-besarnya. Siapapun mereka, kita harus menghormatinya seadanya. Saya sering meningatkan rakan-rakan dan orang terdekat. Kita seperti sepohon kayu, ada akar, ada umbi, ada batang, ada dahan, ranting daun dan pucuk, malah dedaun kering yang gugurpun ada peranannya. Daun kering yang gugur akan rebut dan menjadi baja kepada pohon itu sendiri. Begitulah analoginya hidup kita. Dalam organisasi kita. Orang paling bawah, sokongan dan atasan, ada peranan dan saling perlu memerlukan. Lalu saya katakan pada diri saya, rakan dan orang yang terdekat. Jangan memandang kecil pada orang yang di bawah. Jangan juga memandang hina pada orang yang kurang daripada kita. Senario yang berlaku di depan mata dan di sekeliling saya, membuat saya banyak berfikir. Alangkah bagusnya kalau kita mampu bertafakur satu saat dalam sehari. Siapapun kita, di manapun kita berada, setinggi manapun taraf dan status kita. Kita semua adalah HAMBA. Dan, pangkat, kedudukan, kekayaan, kesempurnaan rupa paras dan segala-galanya hanya sementara. Bila-bila masa saja hilang bila-bila masa bila DIA menghehendakinya. Bila ada kesedaran sebegitu rupa, tidak ada antara kita yang merasa terhina. Kita bermula dari satu. Kita sama...

Salam bahagia...

Friday, April 10, 2009

CEMBURU DAN TERSALAH NOMBOR...

Asssalamualaikum,
Cemburu…betul ke cemburu tanda sayang? Antara ya dan tidak sama banyak. Degupan dada saya masih kencang. Beberapa kali saya mengurut dada. Astaghfirullah....bisik saya. Tanpa sebarang salam, tanpa sebarang pertanyaan, tiba-tiba suara menyerang seperti ledakan bom. Tidak langsong memberi peluang untuk saya mempertahankan diri.
”Saya nak tanya awak, hubungan awak dengan suami saya?” Saya terpinga mendengar soalan pertama. Saya merenung nombor di skrin handset saya. Private nombor.
”Tak ada orang lain lagi ke yang awak nak ganggu?”Belum sempat saya menjawab, soalan kedua pula menyusul. Aduh! Sakit dada saya, bila peluru-peluru terus menusuk.
”Awak ni kan, saya benci awak. Saya benci!” Saya beristighfar dalam diam. Apa dosa saya ni..perang tidak, musuh tiada, tiba-tiba peluru yang datang tak sempat saya sanggah. Saya menarik nafas dalam-dalam menahan segala rasa geram.
”Boleh saya tau, siapa yang bercakap?” Soal saya. Sudah hilang sabar rasanya. Dia terdiam.
”Boleh beritahu saya, siapa suami awak?”
”Awak...awak bukan...................” Kedengaran suaranya tergagap-gagap.
”Saya...saya mintak maaf!” Belum sempat saya meneruskan kata-kata saya. Panggilan terputus. Dah Sah...TERSALAH NOMBOR. Saya menarik nafas. Bila hati telah retak. Bila kepercayaan terasa dinodai. Selalunya wanitalah yang cepat terluka. Kerana wanita lebih peka dengan perubahan. Kerana wanita lebih tahu memaknai sebuah cinta. Saya harap pembaca lelaki tidak marah dengan kenyataan saya ini. Kerana itu juga wanita banyak memiliki rasa cemburu dan curiga..Lalu saya memaafkan wanita yang tersalah nombor itu. Nasihat saya. Sebelum menekan nombor pastikan penerimanya betul. Mudahan tidak ada orang lain yang menjadi mangsa cemburunya...
Wassalam

Saturday, April 4, 2009

FOBIA! FOBIA!!....




FOBIA! FOBIA!!
Aneh! Memang aneh. Saya pernah bertanya pada mak saya, kenapa ia terjadi. Mak saya hanya tersenyum. Mak saya cakap, bukan saya sorang sahaja yang mengalami hal demikian. Ramai lagi orang kat dunia ni seperti saya. Saya menolak kata-kata mak saya itu. Sepanjang hidup dan sepanjang insan-insan yang saya kenal di dunia ini, saya tidak pernah berjumpa dengan apa yang sedang saya alami sekarang. Mungkin mak saya tidak ada jawapan kepada masalah saya ini. Fobia saya ini sangat pelik. Saya bukan sahaja tidak boleh menyentuhnya malah melihat foto atau lukisannya pun saya akan menjerit. Untuk makluman pembaca budiman, sewaktu saya pastekan foto inipun badan saya menggigil dan seram sejuk. Pernah saya menjerit di shopping complex semata-mata tersentuh bekasnya. Pernah juga saya terlepas buku dari tangan sebaik saja terselak fotonya. Saya masih ingat sewaktu praktikal land survey, salah seorang rakan membaling ke arah saya kuntumnya sebesar kuali menggoreng, saya berlari tidak cukup tanah seperti di kejar pelesit. Lecturer saya terpinga melihat keadaan saya dengan wajah pucat lesi.

Dan kawan yang membaling ke arah saya, hanya meminta maaf pada Reunion kami di PJ tempohari. Setelah berbelas tahun dia lakukan kesalahan besar itu. Ah!.. Saya sudahpun memaafkan beliau ( Sdr. Azhar bin Seni – sekarang berada di Riyadh ) Pelik kan? Ya pelik. Saya terlalu fobia dengan Cendawan. Sekiranya ada pembaca yang menghadapi masalah seperti saya. Jom! Kita kongsi pengalaman aneh ini dengan saya.