Followers

Monday, August 24, 2009

SAYA MENDOAKANNYA.....MAAFKAN SAYA

Assalamualaikum dan salam hormat buat pengungjung,
Sewaktu saya menulis entri ini, saya baru selesai membaca sms seorang pembaca karya-karya saya. Pertemuan pertama saya dengan beliau adalah di PWTC April lalu. Berperwatakan sederhana dan sangat rendah diri dalam percakapan malah sangat berhati-hati pada setiap patah yang dikeluarkan. Sepanjang pertemuan percakapan berkisar kepada HANYA SEBATAS INI. Sepanjang percakapan dengannya saya terkenang watak DANI RAMDANI dalam HSI. Selepas pertemuan beberapa minit itu, saya tidak lagi bertemu dengannya kecuali sesekali dia menitipkan salam lewat sms. Sejak itu saya menganggapnya sebagai seorang penggemar setelah dia menyatakan semua karya-karya saya telah dimilikinya. Sebagai seorang pengkarya, sudah tentu saya bangga dan gembira denga perkembangan ini. Namun pagi ini saya tersentak menerima sms darinya. Sangat hiba. Sukar untuk ceritakan perasaan saya. Lantas dengan segala rasa rendah hati dan penuh pengaharapan agar ALLAH mengurniakan ketenangan hati dan kelapangan jiwa. Saya juga berharap agar dia mampu menelan segala kekosongan yang dialaminya saat ini. Dan mengharapkan ALLAH menemukan setiap apa yang dicarinya. Sekiranya entri ini dihayati oleh beliau, saya harap dia mampu memaafkan di atas segala perkongsian saya ini dengan pembaca semua.
Salam sayang sekali lagi dari saya.
Wassalam.

Wednesday, August 19, 2009

Ada jugak orang macam ni..,...ish

Assalamualaikum dan salam pagi,
Pagi ini sangat indah. Suasana damai. Berbeza dari hari-hari biasa. Dengan mendengar alunan lagu-lagu puisi Abiet G Ade, saya memandu dengan tenang. Saya melewati jambatan yang merentangi sungai Terengganu melihat kabus pagi yang menyelimuti permukaan sungai. Kapal-kapal dan perahu nelayan kelihatan seperti sebuah lukisan Senario yang sangat indah di mata saya. Indahnya alam ciptaan TUHAN ini, bisik saya. Saya seperti tidak mahu keindahan itu hilang dari mata saya. Saya menarik nafas dan memejamkan matas sesaat.

Ping! Hoi! Cik kak oi! Satu jeritan dari sebuah motosikal. Saya tersentak. Saya menjeling dari cermin sisi. Subhanallah! Satu barisan panjang di belakang saya. Beberapa pemandu kenderaan dari arah hadapan memandang ke arah saya dengan senyum sinis. Dengan sisa terkejut dan malu, saya terus menekal pedal minyak Kenderaan saya menluncur laju. Hanya beberapa minit, saya telahpun memakir kenderaan saya di pejabat. Beberapa minit saya masih di stering memikirkan senario yang berlaku itu. Saya tertawa sendiri. Ada jugak orang macam ni..rungut saya pada diri sendiri. Harap-harap tidak ada orang lain seperti saya. Menyusahkan orang lain...

Apapun keindahan, ketenangan yang saya nikmati sekalipun sejenak, mampu membuat saya senyum sewaktu melangkah kaki memasuki ruang pejabat. Dan secara tak langsung, ia membuat saya lupa sejenak pada perit yang sedang dilalui dalam menyiapkan manuskrip dan menghadapi kitikan-kritikan pedas pembaca. Hendaknya esok, senario yang serupa mampu saya nikmati lagi tetapi bukan sampai menyusahkan orang lain...

Salam sayang buat semua.

Thursday, August 13, 2009

YA ALLAH, BETAPA LEMAHNYA SAYA...

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca,
Semalam saya menerima email dan panggilan ekoran review KUCC Geng Kicap terhadap DI HUJUNG RANTING. Saya terharu dengannya. Luahan simpati dan tidak kurang yang mempertikaikan jumlah bintang yang layak untuk DHR termasuk semangat-semangat yang diberi. Kata mereka, jangan dilihat pada bintang, pembaca akan menilai sendiri dan akan membandingkan dengan buku yang berjaya memiliki 4, 5,6 atau 7 jika nilaian itu ada. Mereka akan menilai sejauh mana telusnya seorang pengkritik terhadap karya yang dinilainya. Saya terkedu. Bagaimana harus saya menjawabnya.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk meluahkan apa yang ada dalam dada saya dan mungkin sedikit sebanyak akan menjawabnya. Indah mohon kepada pembaca DHR berada dalam diri INDAH HAIRANI. Yang belajar menerima hakikat kekurangan dan kelemahan diri dan tidak rasa kecil hati dengan segala teguran dan komen sekalipun ia dibaling atau dilontarkan. Kita hanya insan kerdil yang tidak memiliki apapun. Sewaktu menyiapkan DHR ranting, saya berdoa dari ALLAH swt agar ALLAH memberi saya ilham, dan sekiranya ada kebaikan di dalamnya, ia akan memberi bekas kepada hati-hati yang membacanya dan dimanfaatkan. Kerana itu saya lahirkan MAWARDAH dengan rupa dan jiwa sebegitu adanya. Dan hari ini setelah saya menerima komen bahawa DHR tidak ada jiwa dan roh. Sekali lagi saya mengadu pada ALLAH.

“Ya ALLAH betapa lemahnya saya.”

Pembaca DHR yang Ndah kasihi,
Jangan rasa marah, geram dan kecewa dengan teguran atau terhadap DHR. Semua orang bebas memberi pandangan dan komen malah pembaca juga berhak untuk memberi komen daripada apa yang dibaca dan nilaikan. Indah bersedia menelannya dan seterusnya menikmatinya. Untuk berjaya kita harus berani menerima teguran. Itu yang Indah selalu bisikan pada diri sendiri.

Saya akan belajar dari orang-orang yang tersohor dan hebat. Insyallah saya akan dapatkan karya-karya yang diiktiraf dan mendapat jumlah bintang yang banyak untuk dijadikan guru dan panduan saya untuk berkarya.

Pembaca yang dikasihi.
Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberi pada saya dan DHR. Untuk makluman, DHR hanyalah sebahagian daripada perca-perca kehidupan yang kutip untuk saya sumbangsihkan pada pembaca, sekalipun dikatakan tidak sesuai untuk tatapan minda. Terima kasih sekali lagi untuk orang yang memiliki tetapi tidak menghabiskannya. Maafkan saya.
Kepada, Hani Fazuha, Fatin Nabila, Siti Rosmizah, Azah Khalida, Wikunila Ms, dan beberapa lagi yang tidak tersebut nama di sini, terima kasih atas semangat dan dorongan. Indah akan berusaha menjejak kalian.

TERIMA KASIH DAN SALAM HORMAT.

Tuesday, August 11, 2009

Bila saya suka...


Salam sayang buat semua..
Bila saya suka, saya melihatnya...
Bila saya suka, saya pilihnya...
dan ini antara yang saya suka..
Saya hadiahkan buat Deaday...


Monday, August 10, 2009

Terima kasih....

Salam penuh kasih buat semua..
Sebagai penghargaan buat adik Hasidah Awang atas kiriman foto bersama HSI dan DHR..seorang peminat novel-novel tanahair, tanpa mengira siapa penulis, penerbit dan editor..saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Saya menunggu komen beliau untuk keduanya...
Kepada Ida terima kasih dari Kak Indah.
Wassalam





Saturday, August 8, 2009

Inovation Of Batik, Songket & Creative Through Art and Science

Assalamualaikum buat semua pembaca..
Sewaktu saya ke UiTM untuk konvensyen tempohari, saya mengambil kesempatan ke galeri Yayasan Tuanku Nurzahirah untuk melihat pameran yang diadakan di sana. Sesuaian dengan tajuk convention, Innovation of Batik, Songket & Creative Through Art and Science, ternyata pameran menampakkan kehebatan rekaan peserta terlibat. Semuanya membanggakan. Sudah tentu UiTM berbangga mampu melahirkan pereka-pereka yang hebat. Saya terpegun melihat Batik pelangi, Tenun limar, tenun songket dan batik canting dengan berbagai inovasi namun dalam masa yang sama tetap mengekalkan ciri-ciri tradisi. Sebagai seorang yang mencintai warisan tradisi, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. Tahniah sekali lagi.







Monday, August 3, 2009

demi CASTLE CINTA DEADAY....saya lakukan apa saja..

Assalamualaikum,
Selamat pagi seawal subuh kepada semua. Jam 3 pagi saya bangkit setelah saya meletakkan kepala di bantal pada jam 11.30 malam. Beberapa hari kebelangkangan ini saya agak risau dengan perkembangan penulisan saya. Sepanjang menghadiri konvensyen tempohari hanya beberapa ayat yang mampu saya tapi dak boleh dikira berapa ketukan pada laptop saya. Ha ha biarpun pada awalnya, saya jangkakan inilah sedikit peluang untuk saya berkarya bila berada di luar. Ternyata tidak. Saya lebih memberi tumpuan pada kertas-kertas yang dibentangkan oleh presenter sepulang ke bilik penginapan. Paling tidak saya akan membelek-belek sekali lalu sebelum tidur atau berehat. Mungkin kerana bidang yang saya minati, saya tidak melepaskan peluang untuk mendalami dan memberi perhatian. Jadi tidak ada langsung peluang untuk saya bertemu watak-watak saya. Deaday, Imran Hadi dan Raziq. Tidak ada ‘dating’ Itu bermakna tidak ada penulisan. Dua hari lepas, sahabat penulis hubungi saya. Dengan bahagia dia memberitahu saya, dia telahpun menjangkau 450 mukasurat. Hwaa…Sedangkan saya masih merangkak-rangkak dengan idea-idea yang seringkali tersangkut-sangkut. Aduhai…kerana itu saya harus merealisasikan kata-kata saya. Kata-kata yang sering saya luahkan untuk memotivasikan diri saya. Kalau ingin Berjaya, kita harus berani mengorbankan beberapa perkara. Antara yang teratas adalah Waktu.Korbankan waktu rehat. Korban waktu tidur. Korbankan waktu bersama orang tercinta. Sekalipun sangat berat untuk saya tinggalkan, bantal, selimut dan tilam empuk, namun demi ‘CASTLE CINTA DEADAY’ saya korbankan segalanya. Kepada pembaca yang saya kasihi. Doakan kejayaan saya. Salam sayang dari saya.

Saturday, August 1, 2009

TERIMA KASIH SEMUA...



Assalamualaikum,
Salam sayang buat semua. Saya ditanya oleh seorang rakan. Tak ada launching ke DHR? Saya hanya tersenyum. Minggu lepas soalan itu juga ditanya oleh rakan saya dalam Grup Teater Asyik juga orang kuat dalam GTA. “Kita jemput penulis-penulis anak Terengganu dan rakan-rakan penulis untuk datang” kata Wikunilla ms lagi. Saya termenung di hadapan beliau. “Tak ingat macamana kita launching RINDU BERBISIK dan HANYA SEBATAS INI?” Saya pandang wajah sahabat saya. “Kau cakap dengan pihak penerbit sepatah, mohon wakil penerbit hadir…editor ke..” Saya hanya tersenyum. Tak ada jawapan yang dapat saya berikan. Perlu ke pelancaran untuk DI HUJUNG RANTING? Mengenang pelancaran RINDU BERBISIK dan HANYA SEBATAS INI, ia diadakan sempena MALAM PUISI ABADI serentak majlis pesaraan Cikgu Ali Jusoh, seorang penulis besar tanah air yang kerap mendapat berbagai anugerah. Ia dilancarkan oleh YB Ahmad Razif. Novel Dyza Ainun LAMARAN HATI turut dilancarkan. Kehadiran nama-nama besar pada majlis tersebut memberi semangat kepada kami. Hilmi Rindu, Marzuki Ali, Mahani Sulong, Kartina, Dyza Ainun dan beberapa orang lagi memberi isyarat orang-orang baru seperti kami ada di hati dan mata mereka. InsyaALLAH, DHR tetap mendapat sambutan, dengan promosi-promosi oleh pihak penerbit dan ia telah saya anggap ‘pelancaran’ buat DHR. Terima kasih Buku Prima, terima kasih pembaca DHR. Dengan sokongan dan dokongan semua saya semakin bersemangat. Salam saying sekali lagi buat semua. Wassalam.





Saya bawa kembali cover HSI..