Followers

Monday, July 26, 2010

BAHASA JIWA YANG MENDALAM




Assalamualaikum, sudah lama tak update blog,
Banyak sangat yg ingin dikongsikan bersama pembaca. Sedikit sibuk dengan tugas-tugas ‘ad-hoc’ dan juga yang terancang sebelumnya. Festival Gamelan Sedunia telah selesai, sekalipun sumbangan saya dalam program sangat kecil, namun tugas-tugas saya memberi erti besar pada saya. Tugas-tugas saya dalam dokumentasi inventori memberi peluang saya bertemu dengan ketua dan ahli berbagai kumpulan.. Sudah tentu pertemuan itu saya isikan sepenuhnya, pertemuan saya dengan sdr. Sri Joko Roharjo Dalang dari Grup Benawar, ibu Kartika dari grup Sanggar Murti, sdr Danis, Boby Budi Santosa, gitaris hebat dari kumpulan Benawar. Malah ramai lagi yang saya temui. Interview saya bukan hanya berkisar pada penglibatan mereka dan dunia gamelan malah meliputi pandangan mereka tentang muzik dan seni yang lain. Meremang dan sangat teruja, mereka memiliki bahasa jiwa yang mendalam. Mentafsirkan dengan sangat halus. Rata-rata mereka memiliki master dalam bidang masing-masing. Kenayakkan mereka adalah pensyarah dan tenaga pengaraj di Institut Seni Indonesia di seluruh negeri di negara tesebut. Sangat membanggakan. Tidak hairan mereka sudah terbang ke pelusuk dunia. ..Russia, USA, Perancis, Jepun, Belanda, Australia, Singapura, Tunisia, New Zealand, England dan banyak lagi. Sesungguhnya kehadiran mereka tidak bersahaja. Insya-ALLAH pada kesempatan lain saya akan menulis lagi tentang mereka dan program yang baru berlalu…salam syg dari Ndah.

Thursday, July 1, 2010

KREAVITI ANAK TEMPATAN MEMUKAU....






Assalamualaikum buat semua pengunjung,
Lama tak ‘update’, rindu rasanya. Tak ada buah tangan terbaik untuk semua yang datang kecuali sedikit keterujaan untuk di kongsi bersama pembaca. Bila program untuk ke sana diajukan, saya orang yang sangat tak sabar untuk ke sana, apa tidaknya, peluang untuk bertemu Prof. Sulaiman bin Abdul Ghani sebagai Chief Executive Officer di TIDE bukanlah mudah. Bila Sue bertanya saya;
“Akak nak jumpa Prof.? Beliau ada.” Saya tersenyum. Kalaulah saya boleh jerit, saya akan cakap “Ya! Sue…tq Sue, sayang, Sue.” Saya simpan kegembiraan itu, senyap-senyap.
“Sue, akak datang secara tak formal dik. Tak elok rasa mengganggu beliau”, Ujar saya.
“Tak kak..Profpun nak jumpa akak,” Wah! Happynya saya..
Pada jam 2.30 saya tiba di TIDE bersama Gee dan dua orang student praktikal dari UMS. Sue dan Ayu datang menyambut kami dan hampir duapuluh minit, kami dibawa melihat pakaian hasil rekaan anak tempat yang telah merangkul anugerah berbagai peringkat pertandingan berprestij negara. Prof muncul dengan senyum, dan sayalah org yang paling gembira pada pertemuan itu. Banyak perkara yang dibincangkan dan diperkatakan oleh beliau, dan sepanjang pertemuan itu saya seperti tidak terlepas walaupun satu perkataan. Dan perkataan terakhir dari beliau,
“Saya berterima kerana sudi berkunjung dan berharap kita dapat saling berkongsi banyak perkara. Bidang tekstil warisan ini sangat luas..”aduhai..apa yang mampu saya katakana selain dari mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf kerana mengambil waktu beliau selama hampir satu jam. Kepada Sue dan Ayu, kalian sangat bertuah memiliki boss seperti Prof. Saya tinggalkan perkarangan TIDE dengan seribu angan-angan.
Salam sayang buat semua dari Ndah.