Followers

Sunday, June 22, 2008

Dia yang tiba-tiba hadir

"Hai! "Aku terdonggak. dia tiba-tiba berdiri di hadapanku. Hai!! dia dengan sempoi berkemeja T hitam dan berjeans biru memandangku dengan senyum.
"Wah! Apa mimpi ni. Dari mana?" Tanpa memberi peluang dia menjawab.
"Cari akaklah!" Kini giliran aku yang senyum.
"Apa kabar?"
"fairuz?" Aku pulak yang tanya. Soalannya tidak berjawab. Dia terus duduk.
"Baik!"
"Wah, makin handsome adik akak ni." Dia senyum lagi. Seorang yang memiliki kelainan pemikiran. Setiap patah katakatanya akan ku telan habis-habisan. Tidak tersisa.
"Kak, menulislah kerana cinta. Bukan kerana nama, wang atau sanjungan." Wah! adik yang mengkagumkan. Hampir satu jam kami bersembang. Akhirnya dia mohon diri.
"Nak ke mana?"
"Ke studio muzik."
"Ehm..menyanyi lagi?"
"Ada sikit-sikit. Saja-saja kak."
"Bagus! Buatlah sesuatu yang memberi kepuasan diri. Janji baik."
"Yup!" katanya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." dia melangkah dengan janji akan datang lagi.

Terima kasih dik. Itulah fairushafeez satu kelainan pemikiran.

Salam Ukhwah


Kubina rumah ini tanpa perabut
tanpa warna-warna meriah
dalam kekusaman
kulakarkan awan-awan larat pada dinding-dinding
agar kalian menghayati di sebalik kekusamannya

Buka pintu
buka mata
buka hati
kan kau temui keINDAHannya.

Indah Hairani
Bukit Losong