Followers

Tuesday, October 28, 2008

Terima kasih Drs. Ersis Warmansyah Abbas

Kini saya memiliki......
Assalamualaikum..

Salam bahagia untuk pengunjung budiman..

Beberapa minggu yang lalu, saya menerawang ke web dan sastera telah menemukan saya dengan Drs. Ersis Warmansyah Abbas. Saya tertarik dengan beberapa tajuk buku hasil tulisan beliau, antaranya Surat Buat Kekasih ( Kumpulan Puisi ), Nyaman Memahami ESQ, Kolaborasi Nusantara Dan Banjarabaru termasuk beberapa buah yang lain. Lantas saya meninggalkan jejak menyatakan rasa tertarik saya melihat tajuk-tajuk tulisan beliau. Saya menyatakan bahawa saya sangat teruja dengan antologi puisi beliau Surat Buat Kekasih. Selang beberapa hari saya mendapat respon dari beliau melalui emel. Antaranya menginginkan saya menyertakan address. Pada anggapan saya, mungkin apa yang saya inginkan itu tidak kesampaian memandangkan address saya adalah dari Malaysia dan saya juga beranggapan, bahawa beliau memikirkan saya adalah warga Indonesia dengan merujuk kepada nama yang tertera, langsung ianya tidak sedikit terfikir bahawa pada satu saat saya Surat Buat Kekasih itu akan dimiliki oleh saya..



Pada jam 12.20 tghari tadi, saya menerima panggilan telefon dari kaunter pintu masuk ofis saya menyatakan ada kiriman parcel untuk Indah Hairani, terus saya ke kaunter. Saya terpaku melihat bungkusan yang tertera nama Ersis Warmansyah Abbas, lebih terkejut lagi bila melihat kandungannya. Tiga buah buku berada di tangan saya MENULIS DENGAN GEMBIRA, MENULIS DENGAN MUDAH dan SURAT BUAT KEKASIH. Wah! saya gembira dengan kiriman beliau. Saya terus menghubungi beliau melalui no telefon yang tertera langsung bertanya



"Berapa harus saya bayar untuk kiriman itu pak?" Tanya saya setelah mengucapkan terima kasih. Dia ketawa.

"Ya..tidak perlu membayarnya. Saya hadiahkan buat Indah." Subhanallah. Saya gembira dengannya. Di sini saya mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Drs. Ersis Warmansyah Abbas. Dan saya doakan agar beliau sentiasa sukses dalam segala hal.

Sunday, October 26, 2008

Thursday, October 23, 2008

Jam 1 pagi...


Sahabat saya sorang ni...teruja bila posenya diambil












siapa sangka dia hebat memanjat



Potong memotong perlu hati-hati
nanti terpotong tangan.










Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakannya terutama kepada yang sanggup bersekang mata sehingga PK&KL berjaya dirasmikan pada 20 Oktober baru-baru ini...






LEGANYA................

Salam terindah buat pembaca budiman,
Sekian lama tidak menulis blog, saya mula rindu dengan semua ini. Kengkangan tugas sebenarnya membatas semua hasrat saya untuk berkongsi pengalaman dan perasaan bersama pembaca. Semalam selepas segalanya selesai, saya menarik nafas lega bila lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Pameran Keunikan dan Kenggunan Limar oleh Y.B. Datuk Za’bar Bin Haji Mohd Adib, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, kesenian dan Warisan Negeri Terengganu. Alhamdulillah lelah sebelumnya serasa terubat setelah ia diungkapkan.


Pembaca budiman,
Masyarakat kita begitu kaya dengan kesenian dan begitu mahir dalam mengolahnya. Bayangkan, daripada lembar-lembar benang dicelup warna dan ditenun sehingga melahirkan tenunan yang begitu unik dan unggul. Dan, limar merupakan hasil yang dilahirkan oleh kecekapan dan kreatif masyarakat lampau. Apa yang lebih menarik ia merupakan salah satu tekstil yang melengkapkan busana Cik Siti Wan Kembang yang pernah memerintah Kelantan pada suatu waktu dahulu. Dalam Pameran Keunkkan dan Keanggunan Limar Pakaian Cik Siti Wan Kembang diketengahkan bersama pakaian-pakaian tradisional yang lain yang menggunakan kain Limar.


Di sini saya papar sedikit sebanyak sepanjang persiapan pameran tersebut. Meh kita tengok!