Followers

Saturday, March 26, 2011

TANDA SYG INDAH PADA SEMUA

Assalamualaikum,
Setelah begitu lama membiarkan blog Ndah sepi, Ndah kembali menulis atas nama rindu pada semua, Ndah cuba untuk mengetuk-ngetuk keyboard. Ingin kembali bercerita seperti dahulu, berkongsi banyak perkara dengan semua. Tak nafikan, facebook banyak mengambil masa Ndah. Status2 yang indah lontar dan komen2 pembaca sedikit sebanyak buat Ndah terleka dan asyik di sana. Tidak seperti selalu setiap karya baru Ndah di pasaran, Ndah akan menulis tentangnya di blog. Tetapi tidak dengan kelahiran BERIKAN AKU RINDU ini. Sebenarnya banyak yang Ndah nak perkatakan mengenai BAR ini. Pada Ndah, BERIKAN AKU RINDU adalah karya terbaik Ndah antara karya2 Ndah yang lain. Sewaktu menggarapnya, Ndah seperti tidak mahu menyudahkannya, biarlah perasaan Ndah berlari dan berlari. Apabila ketua editor memberitahu, BERIKAN AKU RINDU sebuah karya Ndah yg sgt menyentuh perasaan malah beliau dapat merasaan sewaktu membacanya dan memberi keyakinan bahawa karya itu akan mendapat tempat di hati peminat novel, Ndah mengucapkan Alhamdulillah. Mahasuci, Dia yang meminjamkan perasaan dan segala keindahan untu BERIKAN AKU RINDU. Justeru itu suka Ndah nyatakan di sini, kehebatan sesebuah karya, bukan hanya terletak pada keupayaan penulis semata-mata, sebaliknya turut mengambilkira sentuhan editor juga kebijaksaan pereka grafik mevisualkan seluruh penceritaan melalui kulit novel. BERIKAN AKU RINDU terhasil dari gabungjalin itu. Terima kasih Tn. Haji Mohd Ali, selaku ketua editor, Syreena Jamil sebagai pereka grafiknya dan seterunya kepada seluruh warga penerbitan Buku PRIMA dan Karangkraf. Salam hormat dari Ndah. Kepada semua pembaca karya2 Ndah, BERIKAN AKU RINDU adalah adalah sumbangseh terbaik Ndah buat semua. Salam syg dari Indah.

Tuesday, March 8, 2011

SEKUJUR DERITA

( Dedikasi untuk seorang sahabat )



Ketika mentari mengukir alis pada wajah siang

dan mengucup lembut bibir yang masih basah

kau bertenggek di bangku kayu

sambil mengukir senyum

ingatanpun berlari

ketika menjejak embun di daun ilalang

sambil mengirai rambut yang mulai basah

kau tersenyum melihat wajah awan.

saat menjadi sangat manis



Ketika senja melabuh wajah di kaki bukit

dan bayang rembulan jatuh di Teluk

kau melangkah tinggalkan Tepoh yang sunti

sambil mengucap selamat tinggal



Ketika menguak daun jendela

ada garis luka teringgal di bantal

akupun mula kenal sekujur derita.

Waktu..

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Indah..
Cepatnya masa bergerak. Pejam celik, March dahpun menjelma. March bulan yg sgt melelahkan. Kalau boleh sy nak lambatkan langkah matahari, namun dia tetap bergerak dan bergerah. Hanya beberapa hari lagi 15 March akan menjelma. Perasmian 1 ASEAN 1 JALINAN, satu pameran tekstil tempatan dan negara ASEAN dan sy terlibat secara langsung. Aduhai agak sempuk mendepaninya...selepas 23 March sy akan menarik nafas lega dan akan bercuti dan bersantai.....saya berharap tidak ada sebarang kengkangan...doakan saya. Salam sayang buat semua..

Monday, March 7, 2011

Mengucup bibir pagi

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Pena Indah Hairani,
Alhamdulillah pagi ini, saya sempat mengucup bibir pagi dengan coretan yang sekian lama tidak berkesempatan untuk saya lakukannya..Pagi yang sunti. Saya menghirup udara pagi sambil menarik nafas dalam..sangat nikmat dan damai. Indahnya bumi ALLAH yang diciptakan untuk kita. Saat2 begini sering menjadi waktu terbaik untuk saya berkarya. Sayangnya waktu2 begini juga saya harus melangkah ke tempat kerja. Dan sudah pasti saya perlu memindahnya pada malam...apapun saya tetap berusaha melakukan demi cinta saya pada dunia penulisan. Alhamdulillah...syukur saya atas segalanya...kepada semua pembaca syukurlah atas segala nikmat yang dikecapi hari ini dan semalam. Salam sayang dari Ndah buat semua.

Thursday, March 3, 2011

BERIKAN AKU RINDU

BERIKAN AKU RINDU..
saya menarik nafas lega. Akhirnya lahir dan menjadi kenyataan setelah berhempas pulas menyiapkannya. Terima kasih kepada warga penerbitan Buku PRIMA - Tn. Hj. Mohammad Ali, Pn. Suraya ( lebih mesra dengan panggilan Sue )Pn. Aishah ( Chah ), Syereen, sentuhan tuan dan puan2 sangat membanggakan. BERIKAN AKU RINDU sangat bererti. Kepada pemninat2 karya Ndah, dengarlah bisikan ini:

"Ketika cinta mendekat. Kita menjauhkan diri. Ketika cinta pergi, kita tercari-cari. Cinta itu aneh. Ada rindu pada setiap tapak-tapak yang ditinggalkan. Buat peminat karya Indah Hairani, saya titipkan BERIKAN AKU RINDU sebagai tanda kasihnya saya pada semua. Salam terindah dari saya."