Followers

Thursday, July 28, 2011

Terima kasih buat Ustaz Abu Ramaysa Idrus Ali.

Assalamualaikum,
Salam manis, salam ceria dan salam karya kepada semua teman penulis dan blogger yang singgah di Pena Indah Hairani. Lama saya tak menjengah kamar indah ini, kamar tempat saya berkongsi banyak hal dengan semua. Selamat bertemu lagi. Ada sedikit yang ingin saya kongsikan sepanjang penyepian saya.

Tiga hari saya menikmati program yang nanti akan menambah sibuk tugas dalam kondisi saya berlapang dada. Banyaknya yang saya 'save' dalam otak saya. Sepanjang mengikutinya, hati saya berkata, YA ALLAH. Syukur kerana mentakdirkan saya berada di dalam dewan ini mengikuti program sebegini rupa. Dan sebaik sahaja, program selesai, sy mendekati salah seorang pegawai atasan saya; Terima kasih kerana menyenaraikan saya untuk program ini. Saya tak perlu jawapan beliau untuk kata-kata saya itu.

Saya tersenyum bila soalan diajukan;
Staf pernah dihantar kursus, itu? ini? Soalan yang sangat tepat.
Ya! sangar setuju, faktor pendorong turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi kerja.

Saya ingin merasa seronok dalam melaksanakan tugas sebagaimana seronoknya saya menulis. Bayangkan, saya sentiasa tidak sabar untuk pulang dan berada di ruang menulis saya. Saya mula menyedari, saya memiliki pendorongnya; barangkali agak aneh kedengarannya; bila saya rindu untuk menemui watak-watak yang sy hidupkan dalam penulisan saya. Tetapi itulah hakikatnya. Ia sebahagian dari pendorongnya selain daripada faktor pendorong yang lain. Insan saya cintai yg sentiasa memberi semangat, sekali-sekala memberi pengiktirafan dalam bentuk-bentuk tertentu. Ermm...bagusnya, saya sukalah awak buat macam ni atau tak sangka, rupa-rupanya awak mampu menghasilkan sebegini rupa. Tahniah. Tahniah! Rasa sangat-sangat dihargai. Saya manusia biasa, pengiktirafan seperti ini adalah sebahagian kecil dorongan yang diperlukan oleh setiap orang. Siapa juga dia?
Namun satu soalan saya ajukan pada diri saya. Jika tidak diperolehi? Tidak dihargai?Perlu ke saya berhenti menulis? atau kalau dalam bidang pekerjaan, perlu ke saya berhenti bekerja?

Kata Ustaz Abu Ramaysa Idrus Ali. Jadilah apa saja pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah dan semuanya diniat kerana ALLAH. Berlapang dada kepada semua orang-orang yang kecewa,yang mengharapkan ttp memperolehi. Sesungguhnya pengiktirafan dari ALLAH itu berlipatganda dari pengiktirafan manusia. Sama-sama kita fikirkan.

Salam sayang buat semua.

Thursday, July 14, 2011