Followers

Thursday, September 29, 2011

RINDU BERBISIK - nasibnya selepas ini...

Assalamualaikum buat semua..
SMS yang saya terima dari editor saya, buat saya termenung panjang. RINDU BERBISIK karya sulung saya, terbitan DBP sangat akrab dan dekat dengan hati saya. Malah di setiap talk saya tentang dunia penulisan novel saya, RB saya perkatakan sebagai satu karya yang sangat jujur. Ketika itu saya tidak pernah memikirkan siapa yang akan membacanya atau memilikinya, siapa yang akan menilainya. Dan apabila saya diberitahu, RB diberi anugerah BUKU REMAJA TERBAIK 2008, saya mengurut dada. Alhamdulillah.. hati saya berbisik. Insan yang lebih bahagia adalah editor RINDU BERBISIK sendiri. "Ya Kak!" itu katanya sepatah. Alhamdulillah. Berkali-kali saya ungkapkannya. Saya tak tahu apa nasib RINDU BERBISIK selepas ini. Itu katanya ketika saya menghubunginya malam tadi. Berfikir sejenak, saya lantas mengambil keputusan untuk membeli baki2 yang masih ada di DAWAMA. Selepas ini, peminat-peminat yang kerap bertanya di mana dan bagaimana untuk mendapatkan RINDU BERBISIK, boleh mendapatkannya terus dari saya. Dan sebelum berundur, sekalung terima kasih saya hulurkan buat Pn. Ariza Che Ismail dari DBP Wilayah Timur atas kelahiran dan kajayaan yang digapai RINDU BERBISIK. Salam sayang buat semua. Wassalam.

Wednesday, September 28, 2011

SUKARNYA BERMAIN RASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama tak menulis, anjung Pena Indah pun dah sepi. Ada yang tanya, kenapa dah lama tak update blog? atau dah kerana leka dgn FB? Saya hanya tersenyum. FBpun dah lama saya tak berkunjung. tak ada puisi, tak ada note. Semuanya seakan kering. Barangkali saya sedang bergelodak bermain rasa. DI HUJUNG RANTING II yg sedang saya persiapkan ini menuntut saya bermain rasa. Bagaimana menyembunyikan kesadisan FATIN dari pengetahuan watak-watak lain. Saya puas mewatakan seorang seperti FATIN. Dan saya tak nafikan saya akan menimbulkan rasa marah peminat DHR. Sayapun sedang berusaha membawa pulang AMAR yang membawa diri jauh. Ah...sukarnya bermain rasa. Apapun saya gembira jika dapat memuaskan hati peminat dan tuan editor. Sudah tentu saya sendiri akan turut puas. Salam sayang buat semua. Tunggulah kemunculan DHR II.

Wednesday, September 14, 2011

BERIKAN AKU RINDU

Kisah cinta yang menyayat hati, FAEN THAHERAH dan THANIA KHALEDA terhadap FIQRI seorang pelukis yang memiliki jiwa yang luhur. Siapakah yang dapat memiliki cinta FIQRI? Apakah pilihan FIQRI mampu membahagiakan? BERIKAN AKU RINDU merungkai episod-episod cinta, kesetiaan, keluhuran budi seorang lelaki bernama FIQRI dan melihat kecewa seorang lelaki bergelar SYED SOFIAN dalam meraih cinta.

"Ketika cinta mendekat. Kita menjauhkan diri. Ketika cinta pergi, kita tercari-cari. Cinta itu aneh. Ada rindu pada setiap tapak-tapak yang ditinggalkan. Buat peminat karya Indah Hairani, saya titipkan BERIKAN AKU RINDU sebagai tanda kasihnya saya pada semua. Salam terindah dari saya." – Indah Hairani