Followers

Sunday, March 25, 2012

Sunday, March 18, 2012

PERTEMUAN MANIS




KARNIVAL BUKU PAHANG 2012,
Memenuhi undangan penganjur, Perpustakaan Negeri Pahang dan MPH, kami bertiga bergerak ke Kuantan dengan wajah letih Anita Aruszi yang sehari suntuk di Kota Bharu sehari sebelumnya. kKmi tiba awal dari yg dijangkakan di Dewan Convention, Hotel Zenith. Wah...seronok melihat pengunjung memenuhi ruang pameran dan menurut kata pegawai Perpustakaan Awam neg. Pahang, inilah pertama kali karnival buku seumpama ini diadakan. Tahniah.. Saya dan Anita mengambil tempat sementara menunggu program berlangsung sementara Dyza Ainun disambar rakan ajnabinya ( buat sy tersenyum )menjelajah ruang pameran. Anita yang sentiasa tersenyum merenung barisan buku2nya di atas meja. "SAYANGKU CASPER tak adalah kak Indah" beritahunya. "barangkali dah habis di pasaran." Bisik saya yg tak sempat terluah apabila seorang wanita tiba-tiba datang menghampiri; ANTASYA BALQIS! Anita tiba bangkit dan memperkenalkan pada saya. Wah..pertama kali bersua wajah, biarpun namanya sudah melekat di ingatan saya. Dan Karnival ini menjadi lebih manis dengan perkenalan ini. Pertama kali digandingkan serentak di pentas..Beliau mengkagumkan saya. Salam kenal Antasya Balqis. Semoga SEPTEMBER YANG PERTAMA menjadi antara pilihan pembaca. Hendaknya ini bukan pertama dan terakhir kita digandingkan. wassalam.

Thursday, March 1, 2012




Sesuatu yg sy suka halakan lensa. Pada saya agak menarik.... sy selalu paksa supaya dia ceriakan wajah namun jgn sampai dia muncung bibir dan menggeleng kepala. Waktu tu tidak ada pujuk baginya. Itulah Oshie antara penyeri kami..