Followers
Saturday, February 12, 2011
Friday, February 11, 2011
ADUHAI..SAYA HARUS PANDAI MENGURUS WAKTU
Assalamualaikum,
Salam tahun baru kepada semua..sekian lama saya tidak meninggalkan jejak di blog, rindu mengundah…agak sibuk. Menjinjing buku ke sana ke mari,. Berat lengan, sampai ada yang kata saya cikgu. Saya hanya mampu tersenyum…saya harus menelaahnya..kalau macam nilah kata hati saya, lebih baik saya kembali bergelar pelajar. Masa belajar dulu, saya tidak pernah menjadi ulat buku macam ni…kini saya tidak sempat untuk membelek novel2 lagi…saya hanya sempat membelek buku2 yang tebal dan aduh!...sambungan DI HUJUNG RANTING?…hwaaa…kepala saya kembali berdenyut. Manakan persiapan untuk 1 ASEAN 1 JALINAN, manakan untuk program sampingan fesyen show 15 Mac dan 20 Mac…saya kena ada, bukan apa-apa Cuma menjadi kaki sibuk…hari ini saya menarik nafas, sampai bila saya membelenggu diri saya denan kesibukan itu. Saya harus belajar menjadi seorang yang tenang dan tahu membahagi waktu. Ya!!! Malam tadi BAB 13 sudahpun siap…DHR II. Kepada pembaca yang sudi membaca karya Indah dan sudahpun menghabiskan DI HUJUNG RANTING, Tidak puas hati dengan endingnya? insya-ALLAH..tunggulah! Salam sayang buat semua. Wassalam.

Wednesday, January 5, 2011
INGATAN TERMAHAL - Sebuah dedikasi buatmu
Saya dedikasikan puisi ini buat semua guru-guru, menghargai jasa mereka sebagai insan yang mendidik masyarakat menjadi siapa yang mereka inginkan. Puisi ini saya pernah deklamasikan semasa majlis pelancaran novel saya RINDU BERBISIK ( DBP ) dan HANYA SEBATAS INI ( BUKU PRIMA) yang disempurnakan oleh yg. Berhormat Tn. Hj. Razif Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Pelancaran tersebut adalah bersempena majlis persaraan sifu saya Ali Jusoh yang lalu. Sifu yang sering merasa bangga dengan pencapaian saya. Terima kasih cikgu.
INGATAN TERMAHAL
Ingatannya melingkar
saat pertama menjengah siang
dan memberi salam pada matahari
di perbukitan daerah ilmu yang kumuh itu
seorang anak tidak bersepatu
dan berbaju putih lusuh
terduduk di bangku kayu
menunggu di bawah atap rumbia
dan berlantai tanah hitam
tanpa kertas dan pena.
Mata polos itu merenung tajam.
Dengan penuh rasa cinta
dia menghulur
sejumlah abjad
sebatang pena
selembar kertas
untuk disusun menjadi kosa kata
mencatat mimpi
dan melakar cita
yang sebelumnya tersangkut pada batu-batu sungai.
Dengan penuh rasa kasih
dia mengutip setiap abjad yang gugur
menajamkan pena yang tumpul
dan melakar kembali lembar yang luntur
pada setiap kali anak itu tertidur.
Kelmarin
saat dia terduduk
menakung lelah yang berdekad itu
seorang anak muda berdiri dengan senyum
menghulur selembar kertas
ada tercatat kata-kata.
“ TERIMA KASIH CIKGU”
Indah Hairani

Tuesday, December 7, 2010
Barangkali inilah ungkapan terbaik yang harus saya ungkapkan dan telah telah saya coretkan pada manuskrip terbaru saya DIA BERIKAN AKU RINDU yang telahpun usai pembikinannya sebagai sedikit penghargaan dari saya yang kadangkala mengabaikan mereka demi untuk sebuah penulisan. Tanpa pengorbanan, barangkali saya tidak mampu menghasilkan penulisan sebelumnya. Alhamdulillah.
Dengan kalimah Bismillahirahmanirahim
Kutitipkan naskah rindu
buat insan yang aku cintai
dan kuntum flamboyan cinta kami
yang sedang mekar
dan harum di taman
Oyie, Onie, Osyie, Bella
‘Dia berikan aku Rindu’
kupersiapkan di atas hamparan
pengorbanan kalian.
Thursday, December 2, 2010
Tuesday, October 26, 2010
Saturday, October 9, 2010
CINTA YANG PERGI
Pada remang senja berdarah
di atas tanah merah
kuletakkan jasad cinta
di tepi pusara
di bawah gerimis yang meluruh
ketika aku bersimpuh
ketika kutatap sengsaranya
airmataku menimpa
pada wajah yang bening
dan di atas bibir yang garing
telah pergi buat selamanya
meninggalkan setiaku yang dewasa
dan rindu-rindu yang melata
tidak akan kulihat lagi senyum
dan jeling mesranya
ketika menunggu
dan menghantarku
tidak akanku dengar lagi
zikir cinta kalimah rindunya
di telingaku.
Lalu ketika talkin dibaca
kubisikan dengan rawan
agar dia dengari
aku tidak ingin dia pergi
dan….
kuulangi berkali
di atas tanah merah
kuletakkan jasad cinta
di tepi pusara
di bawah gerimis yang meluruh
ketika aku bersimpuh
ketika kutatap sengsaranya
airmataku menimpa
pada wajah yang bening
dan di atas bibir yang garing
telah pergi buat selamanya
meninggalkan setiaku yang dewasa
dan rindu-rindu yang melata
tidak akan kulihat lagi senyum
dan jeling mesranya
ketika menunggu
dan menghantarku
tidak akanku dengar lagi
zikir cinta kalimah rindunya
di telingaku.
Lalu ketika talkin dibaca
kubisikan dengan rawan
agar dia dengari
aku tidak ingin dia pergi
dan….
kuulangi berkali
Subscribe to:
Posts (Atom)