Followers

Monday, July 21, 2008

Hanya Sebatas Ini dan Sue

”Kak Indah saya akan emelkan cover HSI. Harap Kak Indah setuju”

Sms yang saya terima dari editor, yang hanya mesra saya panggil Su sahaja. Seorang yang lembut dan bersopan memberi gambaran serta mewakili sifat dan attitude seluruh warga kerja penerbitan itu. saya gembira dengan layanan baik dan saya teruja bila membaca sms. Saya menunggu kehadiran HSI selama beberapa bulan dan saya garap dengan penuh perasaan. Saya masih ingat sewaktu Su menghubungi saya dan meminta apa yang mencetuskan idea untuk melahirkan HSI ini. Saya memejam mata sesaat. Mengenang kembali bagaimana minda saya berulang-alik ke Indonesia dan Malaysia serta menemui insan yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan HSI ini. Saya masih ingat ungkapannyaa.

” Alangkan beruntungnya kalau saya seperti Ndah, mampu melahirkan segalanya seterusnya berkongsi dengan orang lain segala suka duka itu.” saya tersenyum.

”Setiap orang miliki cara tersendiri dalam menyuarakan perasaan. Ada orang melalui puisi, ada juga melalui lirik lagu pun ada juga melalui musik. Cara apa sekalipun, perkongsian itu adalah perlu” Jawab saya.

Saya tidak perlu tahu samada sahabat saya setuju atau tidak dengan pendapat saya. Dua hari selepasnya, saya menerima emel dari sahabat saya itu, dengan ringkas dia menulis.

”Ndah tulislah apa yang Ndah ingin tuliskan, yang penting Ndah jujur dalam menulis.” Termenung saya sejenak.

”Insya Allah, doain saya.” Ungkap saya dalam bahasa negara jiran. Nada Sms menyentap ingatan saya. Sahabat saya terus hilang dari ingatan.

”Kak Indah, emelkan pencetus idea ya.”
Saya menghela nafas.

”Ya sayang, nanti Kak Ndah emelkan.” Jawab saya ringkas. Lantas saya mula mengetuk-ngetuk keyboard.


” Hanya Sebatas Ini saya lahirkan dengan penuh perasaan, mengadunkan peristiwa tangis, derita, suka dan duka insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya. Saya ingin membawa setiap pembaca untuk berada dalam Hanya Sebatas Ini dan meneroka perasaan Dani Ramdani dan Nur Qaseh. Perkongsian ini sangat bermakna buat saya.”

Salam hormat dari saya.

Indah Hairani

”Ok..kak Ndah, Su dah baca emel. Bagus. Terima kasih”

Baru sebentar saya terima emel cover HSI. Saya sangat teruja melihatnya. Kreatif dan sangat bagus. Alhamdulillah, hanya ungkapan itu yang terluah. Selebihnya terima kasih kepada Editor, pereka, sudah pada semua yang terlibat dalam penerbitan HSI yang bakal keluar di pasaran tak lama lagi. Layanan pihak penerbit, membuat penulis kecil seperti saya rasa sangat dihargai. Terima kasih Su.

Salam bahagia.
Indah Hairani.

No comments: