Followers

Sunday, July 6, 2008

Orang hebat, jiwapun hebat

Sewaktu menerima panggilan dari Perpustakaan Negara dan Dawama, saya tertanya-tanya..erm saya agak terkejut, lantas saya menghubungi pihak Dawama. Apabila diberitahu saya dan Faisal Tehrani antara yang dijemput dan terpilih, saya benar-benar rasa teruja, apa tidaknya novel-novel Faisal Tehrani antara yang menjadi koleksi pribadi saya. Saya bersama penulis Buku Prima, Dyza Ainun dan Fatin Nabila, penulis Alaf antara rakan penulis yang sudi bersama saya pada tarikh yang ditetapkan.


Saya menghubungi novelis terkenal PTS, En. Abdul Latip, saya gembira mendapat tahu yang beliau juga turut berada di PWTC, namun lebih awal sehari dari saya. Itu bermakna saya mungkin tidak berpeluang menemui beliau. Apapun saya tetap berdoa peluang tersebut ada buat saya. Alhamdulillah kami berjumpa secara kebetulan. Terima kasih tuan di atas peluang yang diberi untuk berujar sepatah dua dengan beliau.

Jam 9.00 pagi sewaktu saya bersarapan, saya diberitahu oleh Fatin, pihak penerbit menghubungi saya untuk confirm kedatangan saya di lokasi. Tepat jam 11.00 pagi saya tiba. Wah! rupa-rupanya saya dan Faisal Tehrani ditempatkan berdekatan dengan meja penulis PTS, Ain Maisarah. Penulis cantik manis yang telah berjaya menulis buku-buku remaja. Tidak hairanlah meja beliau dikerumuni oleh remaja dan pelajar sekolah.

Lebih kurang jam 12.00 tghari, Faisal Tehrani tiba. Pertama kali berhadapan dengan orang hebat. Orangnya sangat sederhana. Tidak sombong dan bersedia menjawab sebarang pertanyaansaya. Kecilnya saya di sisi beliau. Terima kasih Sdr. Faisal. Mudahan akan ada waktu kita bertemu lagi.

Pemergian saya ke sana semakin bererti dengan kehadiran beberapa lagi orang hebat dalam dunia kepenulisan tanahair. Sudah tentulah D. A. Samad Said, En. Shamsuddin penulis buku yang sangat hebat dewasa ini, dan yang juga bererti adalah peluang menemui insan kecil yang hebat. Adik Adi. Pertemuan dengan insan-insan yang hebat itu membuat saya tersenyum setiap kali melihat foto-foto bersama beliau.

3 comments:

Latiptalib said...

Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi membaca novel saya "Beraraklah Awan Pilu". Ramai yang kata ianya kisah sedih sesuai dengan tajuknya.

Saya menunggu kiriman novel Indah Hairani.

Faisal Tehrani said...

Salam,
Oh akak ada blog rupanya!
Wassalam

Indah Hairani said...

Waalaikumussalam..
terima kasih kepada dik Faizal Tehrani sudi singgah di blog agak...tak perabut yang menarik dik..tengoklah nanti...