Followers

Wednesday, July 23, 2008

PADA SYURUK YANG BENING

Syuruk yang bening
ada pilu menyerkup dada
pada khabar sendu benua saudara
melihat wajah-wajah
Fatimah dan Maryam
terduduk di atas permaidani
bernatar jingga
berona merah pekat
dari kelaring darah bonda
di sisi sebotol air dan
sebatang gula-gula dikongsi bersama

Derita mereka dapat kubaca
belum lagi melihat
Muhammad dan Ibrahim
menyelongkar sisa-sisa derita
ayahanda yang tertimbus
di bawah kubah batu
dan jeriji yang hampir rata

Pada lensa kamera
terkulum senyum pahit
dan jelingan tajam
aku seakan terdengar jerit
dari gerak bibir yang masih menggigil
"Sembuhkan hati kami yang rabak
cantumkan bumi kami yang retak"

Pada syuruk yang bening
hatiku berkocak kembali.

Indah Hairani
Bukit Losong
Berita Minggu 1.10.2006

2 comments:

Zyn said...

saya suka baca puisi2 puan samada di akhbar atau blog nie..teruskan menulis ye...

Indah Hairani said...

Assalamualaikum zyn..terima kasih. Kunjungilah anjung saya. Kita berkongsi perasaan dan pemikiran bersama. Salam Sejahtera.