Followers

Saturday, November 15, 2008

MELEKAT DI HATI

Assalamualaikum,Saya dihubungi sahabat saya Dyza Ainun setelah beberapa lama tidak mendengar suaranya, kehadiran beliau di talian sangat menggembirakan saya. Soalan pertama yang diajukan kepada saya, sejauh mana progressnya penulisan novel saya setakat ini. Saya tersenyum dan sekadar menjawab, "kalaulah saya ini seperti awak" barangkali novel saya itu telahpun berada di tangan penerbit. Saya bukan seorang yang boleh memaksa tangan untuk mengetuk keyboard tanpa sebarang idea di kepala. Dia ketawa mendengar kata-kata saya. Dyza Ainun, seorang sahabat yang saya kagumi. Keupayaan beliau menyiapkan satu manuskrip novel dengan jumlah 640 muka surat dalam tempoh 22 hari, membuat saya sangat kecil dalam di sisi beliau sebagai teman penulis. Bila saya mengajukan soalan, dia dengan tegas menjawab. "Kita tidak memiliki apapun kecuali DIA. Mintalah kekuatan dan idea dari DIA." Itulah yang membuatkan saya terasa semakin kecil. Kini saya kembali meneliti karya saya yang telahpun mencapai 550 muka surat. Kembali membaca bab demi bab. SUBHANALLAH saya mula rasa teruja untuk menyiapkannya seberapa segera. Tidak sabar rasanya untuk saya mendengar komen-komen pembaca terhadapnya nanti. Dalam waktu yang sama saya memohon dari ALLAH agar karya-karya saya melekat di hati pembaca.wassalam

1 comment:

Anonymous said...

semut tak pernah berhenti mencari jalan...;) Moga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Amin.