Followers

Monday, January 12, 2009

4001 yang damai

Salam pagi buat pengunjung,
Malam tadi, saya bertukar kamar tidur ke INTAN Kemaman. 4001 room berhadapan Laut Cina Selatan. Jelas kedengaran debur ombak dan desir angin. Malam-malam dingin. Pada saya inilah peluang saya berkarya dalam suasana yang berbeda dari selalunya. Saya berdiri di coridor merenung laut lepas. Ingatan pada kejadian TSUNAMI di Acheh beberapa tahun yang lalu kembali terimbau. Ombak yang hanya setengah meter itu sudah cukup mengerunkan, bayangkan bagaimana ombak yang melebihi 5 meter? Namun kuasa ALLAH tidak tergapai oleh akal. Ombak dan ledakan mampu menggapai jauh ke pedalaman. Andai TUHAN ingin menduga hambaNYA, ia tidak kira di mana. Segala yang berlaku menterjemahkan segalanya. Kini kita semakin lupakan peristiwa ngeri itu. Perhatian dan fikiran kita tertumpu pada keganasan dan kemusnahan bumi Palestine. Aduhai sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengetahui rahsia di sebalik dugaan itu. Segalanya akan menjadi iktibar kita. Mudahan kita akan sentiasa dekat dengan ALLAH. salam hormat untuk semua. Wassalam.

3 comments:

kak ila said...

ya. semoga kita sentiasa dekat pada Pencipta. Amin.........
nak buat novel apa kali ni? tak sabar nak tunggu cerita cinta ombak karya Indah.

Indah Hairani said...

ops..salam sayang buat kak ila..erm ombak karya indah? kak ila dah baca dah yg lepas? ok kak ila...muahsss

Anonymous said...

"kenangan dalam kenangan,
terselit rasa gundah,apakah akan berlaku perubahan???
belum sempat tarian terhenti,gelekan baru menyambar sepi...aaahhhhh apakah ini keadilan???yang dikatakan bersatu???berkumpul apabila didesak,dipaksa tanpa ada tindakan susulan???dimana hambaku???dimana umatku???melaung,memekik,menangis,
pilu,sedih itu saja yang tahu...dimana jihad???kemana perginya laungan itu???sepi,diam tak tahu???