Waktu sangat pantas berlari. Banyak yang tertinggal yang belum sempat dikongsikan bersama pembaca sepanjang 2008. Program-program besar yang turut menyenaraikan saya sekalipun sekadar menyibuk diri. SIMPOSIUM MUZIK GAMELAN DAN FESTIVAL GAMELAN SEDUNIA 2008 antara yang ingin saya kongsikan. Berlangsung 26 hingga 29 Ogos 2008. Peluang yang ada saya penuhi sepenuhnya. Menghayati muzik gamelan dan tari dari Jawa, Bali, Malaysia sendiri malah turut membawa kumpulan Muzik Gamelan dari United Kingdom dan Jepun.
Kumpulan Gamelan Gianyar Bali dari Bali, di bawah pimpinan Dr. I Wayan Berata, Adiguru di Institut Seni Indonesia ( ISI).

Dari Surakarta

Prof. Dr. Rahayu Supanggah
Seorang komposer, penggubah, penulis. Antara sentuhan beliau adalah 'soundtrack' untuk 'Sureq Gahjo' yang diadaptasi daripada novel epik Indonesia pada abad ke 14.

Menjadi perhatian ramai, kumpulan Dendang Anak. Keunikan muzik dan lagu-lagu mereka. Turut dijemput pada malam pertama festival.
Selebihnya saya akan paparkan nanti. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment