Followers

Thursday, July 23, 2009

DADA SAYA BERGETAR.....

Semalam saya ke kedai buku..saja-saja nengok rak-rak novel. Memantau novel-novel saya...dan novel novel rakan-rakan lain, Street Vandeta yang sama bulan dilahirkan dengan DI HUJUNG RANTING. Kira kembarlah tu..Cuma SV lebih dahulu memasuki pasaran. Ada di semua rak-rak buku di kedai-kedai buku di Kuala Terengganu. Ternyata SV mendapat pilihan remaja...Tahniah penulis Street Vandeta..Dan kini giliran novel saya memasuki pasaran. Terima kasih kepada pengedar.
Saat saya melangkah masuk, saya teruja melihat DI HUJUNG RANTING dah terusun. Saya mendekati DHR yg teratur dari dekat sambil memerhati susunan novel-novel lain. Tiba-tiba datang seorang gadis dan mencapai 3 buah DHR. Dada saya bergetar. Saya memandang ke arahnya. Dia senyum.
”Banyak?” Ujar saya. ”
Kawan kirim.” Jawabnya pendek. ”A
kak dah baca ke?” Tanya gadis itu tiba-tiba. Saya menggeleng-eleng kepala.
”Ok ke?” Tanya saya lagi.
”Best kak!”. Ya ALLAH. Hanya Dia yang tahu. Perasaan saya sebagai orang yang menulisnya..Saya menjadi bukan sebagai seorang INDAH HAIRANI. Bukan untuk menipu tetapi sekadar untuk melihat sejauh mana penilaian dan penerimaan pembaca terhadap DHR.
”Saya menangis membacanya..”beritahunya lagi. Saya merenungnya.
”Betul kak.” Sambungnya. Saya hanya mengangguk sambil tersenyum. Saya Bersyukur kepada TUHAN dan sesungguhnya sewaktu dan sepanjang manuskrip itu disiapkan, saya tidak putus-putus berdoa, agar DHR mendapat tempat di hati pembaca. Saya ingin apa yang saya sampaikan dapat dihayati oleh pembaca. Kepada pembaca yang telah memilih di DHR, saya mengucapkan jutaan terima kasih..terima kasih dan terima kasih.

6 comments:

AkuLaGua said...

Salam kak indah... did she get some discounts for grabbing 3 DHR + good comments?.. I think she deserve that... from your own pocket hehe.

haris said...

andai mati itu lebih baik
cabut lah nyawaku
tetapi masukkan aku kedalam surgaMu
tolong lah aku
itulah rayuanku dan doa ku,

andai dunia ini tiada jodohku,
bila aku mati dan masuk kedalam surgaMU,
temukan lah aku dengan yakut dan marjan BidadariMU,

andai dunia ini tiada lagi tempatku
kirimkan aku kedalam surgaMU
basuhkan lah segala luka,derita,kecewa dan lara pada hatiku,

agar aku dapat masuk kedalam surgaMU meningalkan derita dari dunia.

disana nanti temukan lah aku dengan ibuku,ayahku,dan adik adikku,

kemudian siapa bidadariku
itu janjiMU,
ku tinggalkan semua dan segala
demi mencari bidadariku dan ENGKAU

Indah Hairani said...

Salam buat haris..
Jangan biarkan luka menguasai perasaan...

Indah Hairani said...

Salam buat akulahgua...hendaknya dia dapat diskaunnya..

Liza said...

salam indah,liza nak tanya buku DHR tu ada sambunganya ke?liza dah baca buku tu ada certa hendak disampikan kesah mawardah yg banyak mengalah dan sifat hakim yg kurang bertanggungjawap terhadap mawardah,dan sikap fatin.dan amar..bagi liza buku tu kena ada smbunganya kalau tak tergantung2lah kesah mawardah dan hakim..liza ucapkan Taniah dgan buku DHR..

Indah Hairani said...

wasalam Liza, Makasih atas padangan...ya ramai yang meminta sy berbuat demikian..insyaALLAH sy akan cuba memenuhi permintaan pembaca DHR..sekali lagi, terima kasih kerana sudi menghayati DHR..