Followers

Thursday, August 13, 2009

YA ALLAH, BETAPA LEMAHNYA SAYA...

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua pembaca,
Semalam saya menerima email dan panggilan ekoran review KUCC Geng Kicap terhadap DI HUJUNG RANTING. Saya terharu dengannya. Luahan simpati dan tidak kurang yang mempertikaikan jumlah bintang yang layak untuk DHR termasuk semangat-semangat yang diberi. Kata mereka, jangan dilihat pada bintang, pembaca akan menilai sendiri dan akan membandingkan dengan buku yang berjaya memiliki 4, 5,6 atau 7 jika nilaian itu ada. Mereka akan menilai sejauh mana telusnya seorang pengkritik terhadap karya yang dinilainya. Saya terkedu. Bagaimana harus saya menjawabnya.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk meluahkan apa yang ada dalam dada saya dan mungkin sedikit sebanyak akan menjawabnya. Indah mohon kepada pembaca DHR berada dalam diri INDAH HAIRANI. Yang belajar menerima hakikat kekurangan dan kelemahan diri dan tidak rasa kecil hati dengan segala teguran dan komen sekalipun ia dibaling atau dilontarkan. Kita hanya insan kerdil yang tidak memiliki apapun. Sewaktu menyiapkan DHR ranting, saya berdoa dari ALLAH swt agar ALLAH memberi saya ilham, dan sekiranya ada kebaikan di dalamnya, ia akan memberi bekas kepada hati-hati yang membacanya dan dimanfaatkan. Kerana itu saya lahirkan MAWARDAH dengan rupa dan jiwa sebegitu adanya. Dan hari ini setelah saya menerima komen bahawa DHR tidak ada jiwa dan roh. Sekali lagi saya mengadu pada ALLAH.

“Ya ALLAH betapa lemahnya saya.”

Pembaca DHR yang Ndah kasihi,
Jangan rasa marah, geram dan kecewa dengan teguran atau terhadap DHR. Semua orang bebas memberi pandangan dan komen malah pembaca juga berhak untuk memberi komen daripada apa yang dibaca dan nilaikan. Indah bersedia menelannya dan seterusnya menikmatinya. Untuk berjaya kita harus berani menerima teguran. Itu yang Indah selalu bisikan pada diri sendiri.

Saya akan belajar dari orang-orang yang tersohor dan hebat. Insyallah saya akan dapatkan karya-karya yang diiktiraf dan mendapat jumlah bintang yang banyak untuk dijadikan guru dan panduan saya untuk berkarya.

Pembaca yang dikasihi.
Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberi pada saya dan DHR. Untuk makluman, DHR hanyalah sebahagian daripada perca-perca kehidupan yang kutip untuk saya sumbangsihkan pada pembaca, sekalipun dikatakan tidak sesuai untuk tatapan minda. Terima kasih sekali lagi untuk orang yang memiliki tetapi tidak menghabiskannya. Maafkan saya.
Kepada, Hani Fazuha, Fatin Nabila, Siti Rosmizah, Azah Khalida, Wikunila Ms, dan beberapa lagi yang tidak tersebut nama di sini, terima kasih atas semangat dan dorongan. Indah akan berusaha menjejak kalian.

TERIMA KASIH DAN SALAM HORMAT.

7 comments:

kak ila said...

hiba pula ila mmebaca luahan Ndah. sabar sayang, tidak dinamakan kehidupan jika tidak diduga.
tapi pada ila, okey je DHR tu. tak susah menyudahkan pembacaannya. untuk memberi berapa bintang, ila mintak maaf, ila bukan ahli dibidang kiritikan / penilai. bakat yg ada hanya untuk melahir karya, bukan menilai / mengkritik. mengkritik & menilai perlukan bakat yg lain, yg bijak menyelinap mencari kesilapan2 meski sebesar zarah. sebenarnya mereka ini hebat. dgn kritikan blh membantu penulis membetulkan kesilapan. dgn kritikan jg boleh membantu menambah jualan novel. jangan tak tau......

Indah Hairani said...

Ila...Ndah berterima kepada semua... pembaca, penilai, pengkritik DHR...semua itu merupakan petanda Ndah diterima untuk bersama insan seperti Ila dan rakan pemulis yg lain. Apapun yg tuan/ puan tulis, Ndah terima dengan dada terbuka...Ndah sedar, Indah sangat kecil...kerana itu, Ndah tak fikir soal bintang...Hasrat Ndah dalam setiap yang dihasilkan, mampu dibaca dan dihayati oleh semua orang. Terima kasih atas sokongan Ila..dan salam sayang buat semua pembaca....

Anonymous said...

Kau ni Indah..Real novelist! Luahan artikel pn daa buat air mata akak bergenangan. Gini..kalu org review nvl kita, biar aje. Persepsi semua org saling bercanggah. Tp bley dibuat iktibar 2 improve ourselves. Appreciate KUCC review 2 psl.. rmi org cari bku 2 sebab review dia. What really count is the sales chart. Bku k 2 akak lg teruk kne condemned..tp sales dia bounce and msuk chart. 2 sbnrnya yg pntg. Alwez believe in urself. Tgok poem U pn daa tahu btp hebat penlis yg brnama Indah Hairani ni.

Hz Njw said...

Comment anonymus atas 2 akak yg jot down. forgot plak 2 leave my identity. So kne komen kali k 2. U x nk bkukn sjk2 U ke? Sjk U ada umphh..layak jer ltak d dada2 akhbar. Salamz ramadan terindah..

Indah Hairani said...

Salam buat Hz Njw,
Makaseh atas kunjungan akak di blog ndah...terharu dgn sokongan akak..puisi? ndah tak pandai, ndah tulis je..dulu selalu juga mendapat tempat di akhbar, skrg, ndah beri tumpuan pada novel dulu..namun jika kalimat hadir, ndah tetap ukirkannya. Salam sayang dari Ndah..

Hz Njw said...

Yg tersiar di akhbar dlu susunlh dlm entry bru nk tgok. Put under heading 'puisi yg pernh tersiar'. Akak klu sjk punya hal, I won't skim through them tapi, akan read thorougly n pnuh perasaan. I sering jga intai blog Najwa Aiman bce puisi dia.. fuuh!

Indah Hairani said...

Salam Hz Njw,
separuhnya telah Ndah entry dalam KAMAR HATI, sila ke tersebut..salam sayang..