Followers

Tuesday, September 8, 2009

KENANGAN YANG TERTINGGAL

Kita pernah terbaring di sini
di atas rerumput ini
berbantalkan ilalang yang masih basah
lalu kita menghitung bintang-bintang
dan mengusap sejumlah rindu
yang gugur dari langit.

Kini
kita datang lagi
mengutip kenangan yang tertinggal
di celah ilalang yang telah kering.

4 comments:

kakcikseroja said...

nak cuba tinggal komen.. sebelum ni tak berjaya...

kakcikseroja said...

boleh la pulak... :)

Indah Hairani said...

Terima kasih kakcik,
komenlah....ndah sedia menerima segala komen..salam syg,,

Rasha_rz said...

pengajian saya tdak tamat bab2 puisi puitis ni. jadi tak faham langsung. sorry........