Followers

Saturday, January 9, 2010

KATAKAN PADA MALAM - menghargai persahabatan..


Assalamualaikum buat semua pengunjung,
Saya bukan orang yang pandai menulis puisi, saya akan tulis bila ada bisikan hati dan ketika saya menemui bait-bait indah dan makna yang mendalam, namun saya sangat suka mendengar dan menghayati deklamasi puisi. Pada saya puisi akan lebih indah jika dideklamasikan dengan baik, suara, intonasi yang baik serta kejelasan sebutan dan vocal. Penilaian itu hanya dari kategori Mutu Suara, namun jika ia dipertandingkan perkara-perkara lain diambilkira pergerakan, penghayatan dan kreativiti.
Mengenali Moyank, seorang penulis dari negara seberang bermula dengan mengenali puisi-puisi beliau. Setiap puisi-puisi beliau akan saya hayati. Bermula dari situ saya mula meminati penulisan-penulisan Moyank. Dalam era dunia tanpa sempadan, semuanya terasa dekat dan akrab. Saya pernah mendengar dan melihat Moyank menyanyi lagu2 puisi sambil memetik gitar. Suara beliau bergema di ruang menulis saya, Sehingga satu hari dia bertanya pada saya.
“Indah, mahu kamu dengar sebuah deklamasi puisi?” Soal beliau pada suatu perbualan kami. Wah! Seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
“Siapa deklamator itu?” Tanya saya.
“Aku! Maksud ku, saya sendiri.” Jawabnya. Saya tersenyum sendiri, sekalipun dia tidak melihat senyum saya. Ada sesuatu yang membuat saya senyum. Antara ‘saya’ dan ‘aku’. Pada saya ‘aku’ itu terlalu kasar namun saya yakin, pada dia, ‘aku’ itu sudah cukup lembut.
“Saya sangat menghargainya dan mendahuluinya dengan ucapan terima kasih.” Dengan bahasa yang sangat berhati-hati agar tidak disalaherti oleh beliau. Bahasa kita serupa dengan bahasa mereka tetapi belum tentu sama maksudnya. Kerana itu beliau sendiri selalu menggunakan bahasa inggeris apabila masing-masing sukar memahami maksudnya. Lucu bukan?
Saya menerima emel darinya, sebuah deklamasi puisi KATAKAN PADA MALAM yang sangat baik pada saya. Pertama kali saya mendengar, saya gementar. Sangat bagus dan mengesankan. Selepas itu beliau turut mendeklamasi puisi saya EPILOG JANJI KEKASIH juga sangat menusuk hati.
KATAKAN PADA MALAM saya simpan dan sering mendengarnya sewaktu saya menulis sehingga saya suatu hari saya menemui seorang rakan saya, saya memperdengarkan puisi itu dan meminta supaya beliau create untuk saya supaya saya dapat menjadikan puisi itu latar kepada blog saya dan mampu didengari oleh semua orang. Ya dia lakukannya dan berjaya didengari dgn baik dan jelas lengkap dengan covernya.
Secara jujur, ianya tidak mampu saya lakukan termasuk pemilik puisi sendiri. Saya menarik semua kebenaran itu dan meminta sahabat saya PRIVATE kannya. Kepada Moyank saya mohon maaf. Dan izinkan saya menyimpannya sebagai milik pribadi, sebagai tanda persahabatan kami. Kepada pembaca atau peminat puisi…maafkan Indah. Kepada adik saya, fairuz. Terima kasih banyak-banyak. Satu hasil yang sangat menarik.
Salam sayang dari Ndah untuk semua.

2 comments:

rusliesophian said...

Bunyinya sungguh indah puisi itu...

Indah Hairani said...

Ya..
sangat indah..itulah keajaiban sebuah puisi dan datang dari insan yang hidup dan akrab denganya..
Makasih