Followers

Friday, January 8, 2010

KERING KE HATI SAYA? Tak kesian langsung...

Assalamualaikum…
Saya baru saya melangkah keluar dari kederaan saya di depan rumah mak dan baru saja melabuh duduk di bangku kayu, tempat saya biasa bersembang dengan mak setiap kali pulang dari kerja. Tiba-tiba pandangan saya terarah pada susuk seorang lelaki, berkemeja, bersongkok dan menggalas sebuah beg sedang melangkah ke arah sy dan mak. Kehadiran wajah asing itu menimbulkan tanda tanya. Dari raut wajahnya saya meramalkan usianya dipertengahan 20 an.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam “ Jawab saya. Lelaki itu memandang saya.
“I’m Mohd Arshad. From Pakistan, I got a big problem to continue my study at UMT…” Dia memulakan ceritanya. Saya membiarkannya.
“You know UMT?” Dia tanya saya. Saya tersenyum. UMT hanya 10 minit dari rumah saya. Anak muda itu terus bercerita, visanya hanya 20 hari sedangkan dia nak sambung belajar dan bla…bla dia bercerita. Pandainya dia bercerita. Saya hanya diam dan mengangguk-angguk. Bila dia d selesai bercerita, pendek sahaja sy cakap.
“May I see your student card?” Dia merenung saya. Jelas nampak serba-salah dari sorot matanya.
“I’ve just told you my problem….”
“Yaaa….but before I help you, I want to see your student card! Just simple!” Tegas suara saya. Berkecai bahasa saya...
“I’m not cheat you…this is my qualification.” Aduhai, dia mengeluarkan beberapa keping sijil-sijil dari negaranya yang telah lusuh dan keruyuk. Saya merenung ke dalam anak matanya. Kejernihan dan rayu simpati boleh buat orang lemah hati sekalipun nyata dia berbohong. Dalam masa sama, saya tidak dapat lari dari rasa geram dan diperbodohkan. Cerita-ceritanya tidak masuk akal. Terus saya cakap, saya tak boleh tolong, dan warning saya jangan meminta-minta di kawasan ini. Orang di sini tidak dapat membantu apa-apapun. Dia melangkah meninggalkan kami dengan salam. Mak tiba-tiba menegur sikap saya. Kenapa susah sangat nak tolong orang susah? Aduhai….itu bukan sifat saya sebenar. Selalunya saya tak hampakan sekalipun org mengetuk cermin kereta untuk menjual produk. Janji ada jual beli yang sah dan apa dijual ada manfaatnya. Selalunya produk berbentuk buku-buku Ilmiah.
“Kesian.” Suara mak kedengaran lagi. Saya merenung mak saya dalam-dalam. Kesian, saya rasa semua orang tua seperti mak saya, cepat kesiankan orang. Tidak menghairankan, sebab orang dulu-dulu hidup dalam kasih sayang, tidak terhad dlm keluarga malah dalam masyarakat. Suka menolong orang-orang susah. Sakit satu anggota, semua anggota merasa sakit. Itulah analogi masayarakat dulu. Tapi semua itu sudah hampir pupus sehingga kita tidak tahu membezakan antara penipuan mahupun kebenaran. Sedangkan setiap hari kita kebanjiran pendatang sehingga kita sendiri tenggelam dalam ketakutan di tempat sendiri. Aduhai..saya sendiri akan mengajar hati saya supaya tidak mudah kesian dan lemah dengan rayuan mata dan berharap janganlah saya didatangi oleh orang seperti itu. Lebih baik tidak jumpa daripada kita tidak mampu berbuat apa-apa.
Salam sayang buat semua pembaca.

2 comments:

rusliesophian said...

Saya juga pernah mengalami peristiwa yang hampir serupa.
Ketika hendak masuk parking kereta di Bandar Bharu Bangi, tiba2 sebuah kereta mewah menghadang kereta saya. Seorang lelaki keturunan Arab dtg ke tingkap kereta lalu memberitahu bahawa isteri dan anak2nya yang berada dlm kereta hendak makan McD, tetapi mereka tidak ada duit kecil. Dia keluarkan dompetnya mengandungi note USD besar.
Kemudian dia tanya, "how does your RM50 and RM100 note looks like.
Saya keluarkan dompet yang mengandungi sebanyak RM2,000 lebih lalu tunjukkan pada beliau note yang ditanyanya.
Tangannya sepantas kilat mengeluarkan kesemua wang yang ada di dalam dompet itu. Saya rampas balik wang itu lalu simpankan ke dlm dompet.
Selepas parking kereta, saya naik ke pejabat peguam. Ketika sedang berurusan dgn peguam, saya ceritakan peristiwa tadi. Lalu saya keluarkan dompet dan alangkah terkejut apabila mendapati RM1,000 telah hilang.
Bergegas saya turun ke McD untuk mencari lelaki itu, tetapi bayang pun tak ada.
Seribu ringgit lesap.....huhuhu.

Indah Hairani said...

Aduhai..
Penipu dan jahat hidup dlm diri tanpa mengira dia mewah atau miskin.