Followers

Sunday, January 17, 2010

MENELANJANGI HATI....

Assalamualaikum...
Musim demam melanda lagi. Tidak terkecuali ahli keluarga saya. Dua hari lepas, Nabill, kini emak pula dilanda demam. Semalam saya bawak mak ke kelinik bila jam 5.00pagi, mak menggigil kesejukan sekalipun tidurnya beralas tilam sauna. Dalam mengejar waktu untuk menghadiri beberapa sesi perbincangan, saya tetap sabar menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Waktu, pada saat menunggu sangat lambat bergerak. Kegelisahan menunggu saya sembunyikan dari mak. Sebaik sahaja selesai, saya memandu agak menggila ke tempat kerja. 15 minit! Alhamdulillah saya masih selamat, tetapi agak tersumbat telinga, bila pulang pada petangnya saya ditegur.

”Macam ribut memandu..ofis tak lari...” Saya hanya tersenyum bila diperli.

Malam tadi saya agak senang hati melihat perkembangan mak. Badan sejuk dan kelihatan normal. Hilang risau saya sejenak. Tetapi jam 4.00 pagi, tadi saya dikejutkan, mak kembali menggigil. Saya bangkit dan memasang tilam sauna untuk memanaskan kesejukannya. Saya tidur di sebelah mak sambil memeluk mak sekemas-kemasnya. Lama saya tidak tidur di bersama mak sebegitu rupa. Teringat saya masa silam saya. Kata mak, sayalah anak yang paling manja dan susah diurus bila saya demam atau tidak sedap badan. Malah hingga ke saat inipun, saya masih lagi dianggap demikian. Namun saya tetap menolak anggapan itu.

Pagi tadi keadaan mak sedikit berubah namun agak lemah. Saya gelisah. Kerja banyak perlu dibuat. Ambil cuti dan urus mak atau ke ofis urus kerja. Fikiran saya mundar-mandir mencari keputusan. Tiba-tiba mak bersuara. Pergilah kerja, tinggalkan mak di rumah. Tak apa. Aduhai....Saya mengambil keputusan untuk ke pejabat. Sepanjang perjalanan saya seperti menyesal. Saya pentingkan tugas dari keluarga dan mak. Saya meneliti satu demi satu, selama saya bertugas. Banyak sekali yang saya korbankan. Saya melebihi tugas melebihi kepentingan peribadi. Malah saat inipun saya masih di pejabat sedangkan fikiran bercelaru mengenangkan mak di rumah. Saya mula mengenang dua kakak dan dua adik lelaki. Kalaulah dua kakak saya tinggal di kampung, saya tidak sesukar ini. Sekurang-kurangnya kami boleh berbagi masalah. Sorang adik lelaki bongsu juga berhijrah. Yang tinggal berdekatan mak hanya saya dan adik lelaki. Namun, pekakah anak lelaki tentang ibu? Itu persoalan yang bermain di benak saya. Subhanallah...setiap lelaki harus menelanjangi hati dan menghitung jumlah kasihnya pada ibu. Bahagianya hidup di dunia ini tanpa luka di hati ibu.

Salam sayang buat semua dari Indah.

No comments: