Followers

Sunday, April 4, 2010

Cinta saya padanya tidak pernah luntur..


Assalamualaikum...
Sewaktu membelek-belek folder, saya terjumpa foto yang tersimpan di laci kerja saya. Saya mencapai lantas merenungnya. Teringat saya pada SUTERA TERAKHIR, panggung drama, foto tersebut dikirimkan oleh penerbit drama saya, En. Abdul Rahman bin Ismail. SUTERA TERAKHIR drama yang menerima – feedback agak memberangsangkan. Menariknya pilihan lagu-lagu yang sangat menarik antaranya lagu-lagu Broery Marantika..agak syahdu. Menambahkan lagi kesedihan SUTERA TERAKHIR itu. Wajah DATUK JALALUDIN BIN HASSAN, AZEAN IRDAWATI, NADIA MUSTAFAA, RADHI KHALID dan LIZA ABDULLAH saya renung, teringat bagaimana sepi seorang suami yang dilakonkan oleh Datuk Jalal.. Saya menghubungi sebaik sahaja SUTERA TERAKHIR berkumandang di Nasional FM, dalam Panggung RTM. Ucapan terima kasih saya bukan sahaja kepada penerbit saya, En. Abdul Rahman bin Ismail juga kepada krew penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat.
Kini tumpuan banyak kepada novel, penulisan skrip seakan terpinggir. Apapun cinta saya pada penulisan skrip drama tidak pernah luntur..InsyaALLAH jika ada waktu saya akan kembali memberi ruang untuk skrip drama.

Sekadar berkongsi. Salam sayang buat pengunjung blog Indah.
Wassalam

No comments: