Followers

Tuesday, September 28, 2010

erm...suami siapa tu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Pagi2 sebaik sahaja saya memakir kereta saya, hp saya berbunyi. Aduhai..paginya, tunggulah saya sampai di bilik sambil tangannya meraba-meraba mencari hp. Bunyi itu terhenti. Isy! Tak boleh tunggu ke, nak bercakap dengan kita, tunggu lah! Rungut saya sendiri. Saya kembali melangkah dan kembalai melayan perasaan melihat pokok yang teratur cantik. Seperti biasa saya akan tersenyum sendiri melihat suasana itu.Tiba-tiba telefon menjerit lagi. Sy terus menarik keluar dari handbeg dan menekap di telinga. Suara lelaki kedengaran menejah telinga saya.
“Awak tau tak, saya tak habis lagi geram kat awak ni. Tak habis lagi sakit hati saya ni.! Awak bayar balik duit sy tu?” Dada saya berdegup. Apa cerita ni. Saya merenung hp saya sekali imbas dan kembali menekap ke telinga. Saya membiarkan dia melepaskannya. Barangkali ada yang belum puas diluahkan.
“Saya nak cakap, tadi. Tapi mak awak ada. Nanti apa kata dia? Bla..bla,,” Saya hanya diam mendengarnya. Seronok jugak mendengar lelaki melepas geram dan membebel.
“Eh! Awak dengar tak?” Suara itu kedengaran meninggi.
“Ya saya dengar ni…”jawab saya selamba namun saya cuba tahan ketawa. Suara itu tiba-tiba senyap.
“Hello! Siapa ni?” Hahaha dah bercupak dia meluah marah, baru dia nak tanya siapa.
“Encik nak cakap dengan siapa?”
“Allahuakbar...” hanya itu kedengaran di hujung panggilan. Kemudian panggilan diputuskan. Saya ketawa sendiri. Saya yakin, ini kes gaduh di depan mentua. Berlakon menjadi pasangan yg baik depan mentua. Isteri minta duit beri sahaja, lepas tu mintak semula. Erm....tercari-cari saya, suami siapa agaknya tu…salah nombor dari pasangan macam tak logikkan? Tp itulah hakikat. Saya sendiri tidak simpan nombor orang-orang terdekat dalam hidup saya dalam hp, saya mengingati hampir 50 nombor telefon, dan akan menekan-nekan nombor bila membuat panggilan. Mungkin ‘suami’ yang terlanjur tu, macam saya juga kut, menekan nombor isteri tetapi tertekan nombor saya. Moral of the story, nombor orang penting, saya kena ‘save’, kes silap nombor membuka mata saya. Bagaimana pula dengan kes-kes kecemasan? Pada nombor siapa akan dihubungi bila terjadi sesuatu pada pada saya. Sebaik sahaja sampai di meja, saya terus memasuk dan menyimpan nombor orang yang penting dalam hidup saya. Salam sayang buat semua dari Ndah…

2 comments:

AkuLaGua said...

a good one ;)... kita manusia mmg serba kekurangan.. jgn tunjun terer dok hafal semua no.. heheh.. save.. jgn tak save

Indah Hairani said...

salam ALG,
erm..dah..dah save semua...terimakasih menjenguk kak ndah.