Followers

Friday, October 1, 2010

TEMANI AKU REMBULAN


Temani aku rembulan

biarkan bintang-bintang lena

di kasur malam

dan mentari melepas lelah

di jidar senja

ketika ombak beristiharat

di labuhan



Temani aku rembulan

kita bersunyi berdua

melakar mata pena

mengalirkan tinta

mengatur askara

dalam bahasa cinta

yang dewasa



Temani aku rembulan

aku ingin menyebutnya

ketika hanya kita berdua.

5 comments:

Qasih said...

Salam Ndah..

Indah sekali puisinya.. terbuai seketika mentafsir yang tersirat di balik yang tersurat.

Qasih ingin menulis seperti Ndah tapi Qasih tak punya keyakinan juga kekuatan seperti Ndah. Malah apabila Qasih menatap helaian demi helaian 'Di Hujung Ranting'.. rasa kagum pada Ndah makin bertambah.

Ramai yang mampu bercerita tapi tak ramai yang mampu meluahkannya dalam bentuk kata-kata.. lukisan aksara demi aksara yang mampu meruntun jiwa. Teruskan menulis Ndah.. Doa Qasih bersama Ndah... :)

Indah Hairani said...

waalaikumussalam Qasih...
dengan pena indah menulis bahasa hati, melahirkan bait-bait puisi. Dengan mata pena melahirkan Di Hujung ranting..terima kasih sudi memiliki DHR....satu penghargaan buat indah. Indah ingin berdiri sebagai seorang penulis yang mampu membawa setiap pembaca berada di dalamnya..terima kasih atas segala doa qaseh..

Anonymous said...

suke akan lirik puisi ini..mendalam :)

Indah Hairani said...

terima kasih buat Anonymous...saya, antara puisi saya yang paling berkesan di hati saya....

a said...

salam,

umi mesti tahu kan yang amer ni peminat puisi-puisi umi dan setiap buku umi.

puisi ini indah dan teruskan berkarya ok!