Followers

Tuesday, December 7, 2010



Barangkali inilah ungkapan terbaik yang harus saya ungkapkan dan telah telah saya coretkan pada manuskrip terbaru saya DIA BERIKAN AKU RINDU yang telahpun usai pembikinannya sebagai sedikit penghargaan dari saya yang kadangkala mengabaikan mereka demi untuk sebuah penulisan. Tanpa pengorbanan, barangkali saya tidak mampu menghasilkan penulisan sebelumnya. Alhamdulillah.

Dengan kalimah Bismillahirahmanirahim
Kutitipkan naskah rindu
buat insan yang aku cintai
dan kuntum flamboyan cinta kami
yang sedang mekar
dan harum di taman
Oyie, Onie, Osyie, Bella
‘Dia berikan aku Rindu’
kupersiapkan di atas hamparan
pengorbanan kalian.

2 comments:

eLL said...

salam.
kak Indah Hairani.
Mood untuk membaca tidak akan disekat-sekat sekiranya Kak Indah menulis dengan lengkap tanpa perkataan singkatan seperti "sgt, hp, tp, dll, pagi2 dan sebagainya". Sama juga kalau kita baca novel, buku dan sebagainya, perasaan akan terganggu sekiranya ada perkataan-perkataan yang disingkatkan. Sebab ruang menulis dalam blog kan luas/besar, kekunci huruf di papan keyboard pun 'besar' bukan macam handphone kan.

Harap Kak tidak berkecil hati dengan komen ini kerana sebagai pembaca yang prihatin dan suka kepada sesuatu, akan cuba menyampaikan pandangan. Sekian.

Indah Hairani said...

salam sayang buat eLL..surat kakndah lambat respon..apapun betul apa yg eLL katakan tu...peranan penulis bukan setakat menulis ttp harus mendidik dalam segenap hal...termasuk kosakata, bahasa dll...terima kasih