Followers

Saturday, March 26, 2011

TANDA SYG INDAH PADA SEMUA

Assalamualaikum,
Setelah begitu lama membiarkan blog Ndah sepi, Ndah kembali menulis atas nama rindu pada semua, Ndah cuba untuk mengetuk-ngetuk keyboard. Ingin kembali bercerita seperti dahulu, berkongsi banyak perkara dengan semua. Tak nafikan, facebook banyak mengambil masa Ndah. Status2 yang indah lontar dan komen2 pembaca sedikit sebanyak buat Ndah terleka dan asyik di sana. Tidak seperti selalu setiap karya baru Ndah di pasaran, Ndah akan menulis tentangnya di blog. Tetapi tidak dengan kelahiran BERIKAN AKU RINDU ini. Sebenarnya banyak yang Ndah nak perkatakan mengenai BAR ini. Pada Ndah, BERIKAN AKU RINDU adalah karya terbaik Ndah antara karya2 Ndah yang lain. Sewaktu menggarapnya, Ndah seperti tidak mahu menyudahkannya, biarlah perasaan Ndah berlari dan berlari. Apabila ketua editor memberitahu, BERIKAN AKU RINDU sebuah karya Ndah yg sgt menyentuh perasaan malah beliau dapat merasaan sewaktu membacanya dan memberi keyakinan bahawa karya itu akan mendapat tempat di hati peminat novel, Ndah mengucapkan Alhamdulillah. Mahasuci, Dia yang meminjamkan perasaan dan segala keindahan untu BERIKAN AKU RINDU. Justeru itu suka Ndah nyatakan di sini, kehebatan sesebuah karya, bukan hanya terletak pada keupayaan penulis semata-mata, sebaliknya turut mengambilkira sentuhan editor juga kebijaksaan pereka grafik mevisualkan seluruh penceritaan melalui kulit novel. BERIKAN AKU RINDU terhasil dari gabungjalin itu. Terima kasih Tn. Haji Mohd Ali, selaku ketua editor, Syreena Jamil sebagai pereka grafiknya dan seterunya kepada seluruh warga penerbitan Buku PRIMA dan Karangkraf. Salam hormat dari Ndah. Kepada semua pembaca karya2 Ndah, BERIKAN AKU RINDU adalah adalah sumbangseh terbaik Ndah buat semua. Salam syg dari Indah.

2 comments:

Penabahari said...

Tahniah atas kelahiran BERIKAN AKU RINDU. Akan mencarinya di kedai di sini sedikit masa nanti. Ketka di Miri seminggu dua yg lalu sempat ketemu buku Indah CCD tapi belum sempat membaca lagi. Semoga terus maju.

Indah Hairani said...

Terima kasih tuan,,,