Followers

Wednesday, April 27, 2011

Agaknya siapa saya di mata mereka suatu masa nanti..CATATAN SANTAI-SANTAI SEORANG INDAH HAIRANI

“30th Kuala Lumpur International Bookfair 2011” seperti tahun-tahun yang lepas, saya turut tersenarai dalam jemputan dari pihak penerbit setelah bergelar penulis. Diberi ruang untuk bertemu dan bermesra dengan pembaca, bersua wajah dengan penulis-penulis hebat, berpeluk mesra dan bertukar fikiran yang barangkali tidak mungkin jika tidak bergelar penulis. Pengalaman pertama berada di meja penulis jemputan adalah pada tahun 2008, atas jemputan DAWAMA untuk novel pertama saya RINDU BERBISIK, terbitan DBP. Saya masih ingat, ketika saya digandingkan dengan beberapa penulis hebat, termasuk Faisal Tehrani. Kecilnya saya saat itu, malah perasaan itu masih berbekas sehingga ke hari ini. Untuk bertanya banyakpun saya menjadi kelu. Pada tahun itu, saya sempat bercakap beberapa patah dengan Sasterawan Negara A. Samad Said termasuk sempat bergambar dengan insane hebat itu. Waktu sangat pantas berlalu, setelah empat tahun berlalu, saya melihat dunia kepenulisan tanahair begitu berkembang. Kemunculan penulis-penulis baru seperti cendawan tumbuh di musim hujan. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif dalam dunia kepenulisan tanahair. Penulisan novel menjadi padang kepada geberasi muda yang berbakat untuk menajamkan pena. Semua orang boleh jadi penulis. Pada saya penulis bukan sekadar mampu membuat pembaca tersenyum dan menangis tetapi penulis mempunyai peranan yang lebih besar. Penulis adalah guru dan pendidik yang mampu menstimulasikan pemikiran pembaca untuk berfikir. Sementara karya pula adalah bayangan atau imej penulis dan pembaca dapat menilai pemikiran, nilai, sikap melalui karya-karya yang dihasilkan. Mungkin tidak ramai yang bersetuju dengan pendapat saya. Tapi inilah hakikat sebenarnya. Saya mula belajar darinya. Hari ini saya mula berfikir, apa yang bakal diperkatakan oleh anak cucu saya apabila karya-karya saya jatuh ke tangan mereka suatu masa nanti. Setiap kali memikirkannya, saya akan kembali membelek karya-karya saya. Agaknya siapa saya di mata mereka….

2 comments:

Qasih said...

As salam Indah,

Lama betul rasanya Qasih tak kunjung ke teratak Indah. Rindu membaca pena Indah seperti suatu masa dulu. Qasih doakan semoga Indah terus sukses..

Indah Hairani said...

sala buat Qasih..Indahpun rindu kunjungan2 Qasih..rindu akan lakaran tinta Qasih terima kasih kerana sudi datang.