Followers

Friday, April 1, 2011

Bila BERIKAN AKU RINDU ditemui

Setiap kali novel baru saya terbit dan mula di pasaran, saya sering menjadi orang lain dan bersama-sama membelek novel-novel dan mencari-cari novel sendiri di rak sambil memerhati khalayak pembaca. Siang tadi kesempatan yang ada, saya berlegar di dua buah toko buku kawasan saya. Jenuh mencari, tiba-tiba mata saya mula menjamah apa yang saya cari. Sebuah BERIKAN AKU RINDU terselit di celah-celah susunan novel lain. Hanya sebuah? Getus hati saya. Saya menariknya dan membalik-baliknya. Seorang pembantu toko mendekati saya.
“Dik..hanya satu ni yg ada dik?”
“Ya kak..tak banyak yang sampai. Hanya beberapa buah.” Jawab gadis itu dengan senyum.
“Kalau akak nak, beli teruslah kak, tu aje yang tinggal. Nanti tak sempat. Novel baru ni kak.” Saya terkedu. Novel di tangan saya, saya renung dengan sayu. Tidak hairanlah ramai yang merungut, sukarnya mendapatkan novel-novel saya di toko2 buku. Saya mengelus dada, barangkali nama saya tidak tersenarai dalam pesanan mereka. Saya memeluk BERIKAN AKU RINDU.
“Akak nak ke?” Tiba-tiba gadis itu bertanya.
“Ya ya saya nak.” Jawab saya ringkas.
Saya terus ke kaunter. BERIKAN AKU RINDU hulurkan kepada petugas toko untuk membayarnya.
“Novel2 lain penulis ni, tak ada ke?” soal saya sekadar ingin mendengar jawapannya.
“Entah…kalau tak ada kat atas rak tu, tak adalah kak. Kenapa kak? Akak peminat Indah Hairani ke?”
“Tak…saya baru nak kenal dia…maksud saya, baru nak baca karya-karya dia.” Jawab saya sambil menghulurkan not limapuluh. Sebaik sahaja lebihan dikembalikan, saya terus melangkah ke kereta. Saya meletakkan BERIKAN AKU RINDU di atas kusyen sebelah. Saya teringatkan FAEN, saya juga teringatkan THANIA. Saya seperti kembali berbicara dengan FIQRI dan tidak ketinggalan SYED SOPHIAN. Kalian berempat, kekuatan BERIKAN AKU RINDU.
Aku ingin sekali membawa mereka mendekati kalian dan belajar dari cinta, kesetiaan dan penderitaan kalian. Bisik saya seakan-akan mereka itu hidup dan wujud bersama saya. Saya memandu pulang dengan membawa BERIKAN AKU RINDU. Tenanglah duhai Indah Hairani. Kau hanya orang kecil yang belajar berdiri dan melangkah.

5 comments:

HARIS INDERA said...

Kak...tahniah...tapi kasihan juga dengar bila edaran itu terbatas....berlaku kepada penulis2 yang lain x?

zainab ngah said...

Tahniah dengan kelahiran BERIKAN AKU RINDU. Memang diakui susah nak dapat novel2 karya penulis tertentu di toko buku sekitar Kuala Terengganu. Seperti novel karya Kamsiah Abu dan sorang dua penulis lain, langsung tak ada dalam pasaran...bila tanya caunter girl buat endah tak endah aja..jawab dah habis stock, kalau dah tahu stock dah habis buatlah order baru sebab ada permintaan.

Indah Hairani said...

Salamm Haris...terima kasih atas segala sokongan...ya...kadangkala sedih dengan ketiadaannya di toko2 buku.

Indah Hairani said...

Salam buat kak Zai..
setiap penulis ingin karya-karyanya dapat dijual.dan semestinya mudah diperolehi...sebenarnya itulah yg menyedihan...bila habis tak berganti,,

azwa nabeela said...

akak,,saya pun nak beli novel ni lpas bca novel milik spupu tapi tak jumpa kat kdai2 yang saya dh pergi..jalan cerita novel BERIKAN AKU RINDU ni sangat menarik dan menyentuh perasaan..suka sgt!