Followers

Tuesday, February 21, 2012

Akhir ia lahir lahir, buah cinta ke enam..


Ia seperti buah cinta ke enam yang sy kandung dan kemudian melahirkannya. Sepanjang mempersiapkannya, sy kerap murung dan hiba. DI HUJUNG RANTING 2 lebih menghiris...saya harus adil kepada semua, dan saya juga harus bijak meletak setiap yang terlibat pada tempatnya. Natijahnya, Saya sering mengeluh..Ah! payahnya..Namun, saya bersyukur dalam kepayahan itu akhirnya ia lahir jua. pandangan dan komen editor mampu membuat saya sedikit tenang dan mengharapkan ia mampu bermukim di setiap hati pembaca.

Cinta itu sangat mahal harganya, untuk menikahinya, maharnya adalah pengorbanan. CINTA ITU NYAWA saya jadikan taglinenya....dan saya mendoakan setiap orang yang memiliki naskahnya dilapangkan hati...salam terindah buat semua.

9 comments:

Tetamu Istimewa said...

Saya tumpang gembira. Semoga terus menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu di masa hadapan. Perkongsian itu suatu dakwah yang sangat berharga.

Liza said...

Alhamdulillah..Akhirnya...Tahniah Indah.

Indah Hairani said...

Salam buat tetamu istimewa yang sering hadir melihat senyum dan mendengar rintih hati saya..saya mendoakan tuan sentiasa bahagia.

Indah Hairani said...

Buat Liza,
Terima kasih atas sokongan...salam syg dari ndah.

secangkir madu merah said...

Tahniah Ndah... semoga karya mu ini mendapat tempat di hati penggemar novel....

Indah Hairani said...

Salam buat temanku,
terima kasih atas doa-doa itu..semoga DIA makbulkan doa-doa kita..amin.

Liza said...

Salam Indah....
Saya kirim pd sepupu yg tinggal di Shah Alam untuk beli novel Indah...hr ini 29/2 baru 2 hari terbit dah habis di Karangkraf dan kedai buku di Kompleks...huhuhu sedih ..tapi Thaniah untuk Indah...

jufiza said...

nov ni dah keluar ke? kat website bp tulis 15 mac........diIpoh tak ade lagi....
harap hujung ranting 2 merungkai semua yg tergantung sebelum ni dan moga mawardah dpt keadilan yg sepatutnya....

nur ain hanis said...

Salam penulisan..terus bersemangat ya...:))...