Assalamualaikum,
Salam manis, salam ceria dan salam karya kepada semua teman penulis dan blogger yang singgah di Pena Indah Hairani. Lama saya tak menjengah kamar indah ini, kamar tempat saya berkongsi banyak hal dengan semua. Selamat bertemu lagi. Ada sedikit yang ingin saya kongsikan sepanjang penyepian saya.
Tiga hari saya menikmati program yang nanti akan menambah sibuk tugas dalam kondisi saya berlapang dada. Banyaknya yang saya 'save' dalam otak saya. Sepanjang mengikutinya, hati saya berkata, YA ALLAH. Syukur kerana mentakdirkan saya berada di dalam dewan ini mengikuti program sebegini rupa. Dan sebaik sahaja, program selesai, sy mendekati salah seorang pegawai atasan saya; Terima kasih kerana menyenaraikan saya untuk program ini. Saya tak perlu jawapan beliau untuk kata-kata saya itu.
Saya tersenyum bila soalan diajukan;
Staf pernah dihantar kursus, itu? ini? Soalan yang sangat tepat.
Ya! sangar setuju, faktor pendorong turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi kerja.
Saya ingin merasa seronok dalam melaksanakan tugas sebagaimana seronoknya saya menulis. Bayangkan, saya sentiasa tidak sabar untuk pulang dan berada di ruang menulis saya. Saya mula menyedari, saya memiliki pendorongnya; barangkali agak aneh kedengarannya; bila saya rindu untuk menemui watak-watak yang sy hidupkan dalam penulisan saya. Tetapi itulah hakikatnya. Ia sebahagian dari pendorongnya selain daripada faktor pendorong yang lain. Insan saya cintai yg sentiasa memberi semangat, sekali-sekala memberi pengiktirafan dalam bentuk-bentuk tertentu. Ermm...bagusnya, saya sukalah awak buat macam ni atau tak sangka, rupa-rupanya awak mampu menghasilkan sebegini rupa. Tahniah. Tahniah! Rasa sangat-sangat dihargai. Saya manusia biasa, pengiktirafan seperti ini adalah sebahagian kecil dorongan yang diperlukan oleh setiap orang. Siapa juga dia?
Namun satu soalan saya ajukan pada diri saya. Jika tidak diperolehi? Tidak dihargai?Perlu ke saya berhenti menulis? atau kalau dalam bidang pekerjaan, perlu ke saya berhenti bekerja?
Kata Ustaz Abu Ramaysa Idrus Ali. Jadilah apa saja pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah dan semuanya diniat kerana ALLAH. Berlapang dada kepada semua orang-orang yang kecewa,yang mengharapkan ttp memperolehi. Sesungguhnya pengiktirafan dari ALLAH itu berlipatganda dari pengiktirafan manusia. Sama-sama kita fikirkan.
Salam sayang buat semua.
Followers
Thursday, July 28, 2011
Thursday, July 14, 2011
Sunday, June 19, 2011
Catatan manis buat MAZNIDA MAHADI - USM PENANG
Kembali menjejak kaki di menara gading setelah berbelas tahun saya ditinggalkan. Kalau dulu saya berulang memanjat dan menuruni untuk HBP, kini saya telah berubah, saya akan berulang alik untuk fakulti Ilmu Kemanusiaan. Manisnya saya menginap di kamar yang pernah saya huni sewaktu bergelar pelajar di sini dahulu DESASISWA AMAN DAMAI. Indahnya kenangan lalu kini berulang sekalipun dalam nada berbeza. Saya akan kembali berada di dewan kuliah, kembali bergelumang dengan assignment dan tak berapa lama lagi berdepan dengan tesis. Kalau selama ini tugas saya berdepan dengan tesis2 dan assignment student, kini saya yang harus berdepan sebagai seorang pelajar. Ah! dua dunia yang sedikit berbeza. Di sini saya bergelar mahasiswa, bukan penulis. Saya sebaris dengan pelajar yang mendengar dan mengunyah setiap penerangan pensyarah. Namun ketika saya melangkah turun, saya didekati seorang rakan pelajar.
“Kak…Kak Indah Hairanikan?” Sapa gadis itu dengan senyum manis sambil menghulurkan tangannya. Saya menyambutnya. Saya yakin beberapa rakan turut menyedarinya dan ada yang memandang ke arah kami. Saya mula menggelabah. Saya tinggalkan gadis itu dengan ucapan terimakasih. Peristiwa yang sama berulang. Sewaktu minum pagi di DESASISSA BAKTI.
“Kak Indah…saya sebenarnya peminat senyap kak Indah. Selalu ke blog akak.” Lalu menghulurkan sebuah buku, mintak ditandatangani dan mata saya tertancap pada senarai blog yang dikunjunginya. Saya merenung wajah gadis itu.
“Terima kasih..blog akak di senarai teratas.” Ucap saya. Dia tersenyum.
“Terima kasih kak..saya suka akak.” Ucapan terakhir sebelum berpisah. Dan sebelum berpisah saya sempat bertanya.
“Dari mana adik tahu, akak ada di sini?”
“Ada student lelaki sewaktu di dewan kuliah, dia cakap, Indah Hairani ada dalam dewan ini.” Jawabnya dengan senyum.
Saya mengerut kening. Saya tercari-cari. Saya ada pembaca lelaki? Novel-novel saya, rata-ratanya menjadi kemarahan lelaki. Ah! Apapun ia tetap kenangan manis buat saya.
Terima kasih dik. Catatan ini istimewa Kak Indah tulis buat adik Maznida Mahadi, USM penang. Moga kita berjumpa lagi dalam saat yang lebih manis. Salam sayang dari Kak Indah.

Wednesday, April 27, 2011
Agaknya siapa saya di mata mereka suatu masa nanti..CATATAN SANTAI-SANTAI SEORANG INDAH HAIRANI
“30th Kuala Lumpur International Bookfair 2011” seperti tahun-tahun yang lepas, saya turut tersenarai dalam jemputan dari pihak penerbit setelah bergelar penulis. Diberi ruang untuk bertemu dan bermesra dengan pembaca, bersua wajah dengan penulis-penulis hebat, berpeluk mesra dan bertukar fikiran yang barangkali tidak mungkin jika tidak bergelar penulis. Pengalaman pertama berada di meja penulis jemputan adalah pada tahun 2008, atas jemputan DAWAMA untuk novel pertama saya RINDU BERBISIK, terbitan DBP. Saya masih ingat, ketika saya digandingkan dengan beberapa penulis hebat, termasuk Faisal Tehrani. Kecilnya saya saat itu, malah perasaan itu masih berbekas sehingga ke hari ini. Untuk bertanya banyakpun saya menjadi kelu. Pada tahun itu, saya sempat bercakap beberapa patah dengan Sasterawan Negara A. Samad Said termasuk sempat bergambar dengan insane hebat itu. Waktu sangat pantas berlalu, setelah empat tahun berlalu, saya melihat dunia kepenulisan tanahair begitu berkembang. Kemunculan penulis-penulis baru seperti cendawan tumbuh di musim hujan. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif dalam dunia kepenulisan tanahair. Penulisan novel menjadi padang kepada geberasi muda yang berbakat untuk menajamkan pena. Semua orang boleh jadi penulis. Pada saya penulis bukan sekadar mampu membuat pembaca tersenyum dan menangis tetapi penulis mempunyai peranan yang lebih besar. Penulis adalah guru dan pendidik yang mampu menstimulasikan pemikiran pembaca untuk berfikir. Sementara karya pula adalah bayangan atau imej penulis dan pembaca dapat menilai pemikiran, nilai, sikap melalui karya-karya yang dihasilkan. Mungkin tidak ramai yang bersetuju dengan pendapat saya. Tapi inilah hakikat sebenarnya. Saya mula belajar darinya. Hari ini saya mula berfikir, apa yang bakal diperkatakan oleh anak cucu saya apabila karya-karya saya jatuh ke tangan mereka suatu masa nanti. Setiap kali memikirkannya, saya akan kembali membelek karya-karya saya. Agaknya siapa saya di mata mereka….
Monday, April 4, 2011
DIA YAN G KUTEMUI....
Sejak zaman remaja saya mengenali beliau, menyukai puisi2 beliau dan meminati beliau. Namanya sangat gah di hati saya. Saya kagum dengan bahasa beliau dan kecintaan beliau terhadap dunia sastera Melayu. Pertama kali saya berdepan dengan beliau 10 tahun yang lalu, sebelum saya bergelar penulis. Seterusnya saya hanya menyoroti perkembangan beliau dari jauh. Hari ini, saya kembali berdepan dengan beliau, sempat bersembang tentang karya dan dunia kepenulisan tanah air. Lalu sempat saya mencapai nashkah kumpulan puisi beliau DI SINI TEMPATNYA JAUH serta NYANYIAN PUISI – SELALU milik beliau. Sepanjang memandu pulang, saya kumandangkan lagu2 puisi iyu. Sangat indah alunan dan getar suara beliau….Sayapun tersentuh menghayati catatan isteri beliau Puan Selina s f Lee, Lim Swee Tin – penyair, suami dan puisi,saya menjadi semakin kenal beliau melalui melalui kacamata seorang isteri.
Beliaulah penerima S.E.A write, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin. Terima kasih kepada penganjur BENGKEL PENULISAN FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI - Universiti Teknologi Malaysia ( UTM) KUMPULAN UTUSAN dan Persatuan Sasterawan Terengganu ( PELITA ) yang menemukan penulis-penulis Pantai Timur dengan beliau.
Friday, April 1, 2011
Bila BERIKAN AKU RINDU ditemui
Setiap kali novel baru saya terbit dan mula di pasaran, saya sering menjadi orang lain dan bersama-sama membelek novel-novel dan mencari-cari novel sendiri di rak sambil memerhati khalayak pembaca. Siang tadi kesempatan yang ada, saya berlegar di dua buah toko buku kawasan saya. Jenuh mencari, tiba-tiba mata saya mula menjamah apa yang saya cari. Sebuah BERIKAN AKU RINDU terselit di celah-celah susunan novel lain. Hanya sebuah? Getus hati saya. Saya menariknya dan membalik-baliknya. Seorang pembantu toko mendekati saya.
“Dik..hanya satu ni yg ada dik?”
“Ya kak..tak banyak yang sampai. Hanya beberapa buah.” Jawab gadis itu dengan senyum.
“Kalau akak nak, beli teruslah kak, tu aje yang tinggal. Nanti tak sempat. Novel baru ni kak.” Saya terkedu. Novel di tangan saya, saya renung dengan sayu. Tidak hairanlah ramai yang merungut, sukarnya mendapatkan novel-novel saya di toko2 buku. Saya mengelus dada, barangkali nama saya tidak tersenarai dalam pesanan mereka. Saya memeluk BERIKAN AKU RINDU.
“Akak nak ke?” Tiba-tiba gadis itu bertanya.
“Ya ya saya nak.” Jawab saya ringkas.
Saya terus ke kaunter. BERIKAN AKU RINDU hulurkan kepada petugas toko untuk membayarnya.
“Novel2 lain penulis ni, tak ada ke?” soal saya sekadar ingin mendengar jawapannya.
“Entah…kalau tak ada kat atas rak tu, tak adalah kak. Kenapa kak? Akak peminat Indah Hairani ke?”
“Tak…saya baru nak kenal dia…maksud saya, baru nak baca karya-karya dia.” Jawab saya sambil menghulurkan not limapuluh. Sebaik sahaja lebihan dikembalikan, saya terus melangkah ke kereta. Saya meletakkan BERIKAN AKU RINDU di atas kusyen sebelah. Saya teringatkan FAEN, saya juga teringatkan THANIA. Saya seperti kembali berbicara dengan FIQRI dan tidak ketinggalan SYED SOPHIAN. Kalian berempat, kekuatan BERIKAN AKU RINDU.
Aku ingin sekali membawa mereka mendekati kalian dan belajar dari cinta, kesetiaan dan penderitaan kalian. Bisik saya seakan-akan mereka itu hidup dan wujud bersama saya. Saya memandu pulang dengan membawa BERIKAN AKU RINDU. Tenanglah duhai Indah Hairani. Kau hanya orang kecil yang belajar berdiri dan melangkah.

Saturday, March 26, 2011
TANDA SYG INDAH PADA SEMUA
Assalamualaikum,
Setelah begitu lama membiarkan blog Ndah sepi, Ndah kembali menulis atas nama rindu pada semua, Ndah cuba untuk mengetuk-ngetuk keyboard. Ingin kembali bercerita seperti dahulu, berkongsi banyak perkara dengan semua. Tak nafikan, facebook banyak mengambil masa Ndah. Status2 yang indah lontar dan komen2 pembaca sedikit sebanyak buat Ndah terleka dan asyik di sana. Tidak seperti selalu setiap karya baru Ndah di pasaran, Ndah akan menulis tentangnya di blog. Tetapi tidak dengan kelahiran BERIKAN AKU RINDU ini. Sebenarnya banyak yang Ndah nak perkatakan mengenai BAR ini. Pada Ndah, BERIKAN AKU RINDU adalah karya terbaik Ndah antara karya2 Ndah yang lain. Sewaktu menggarapnya, Ndah seperti tidak mahu menyudahkannya, biarlah perasaan Ndah berlari dan berlari. Apabila ketua editor memberitahu, BERIKAN AKU RINDU sebuah karya Ndah yg sgt menyentuh perasaan malah beliau dapat merasaan sewaktu membacanya dan memberi keyakinan bahawa karya itu akan mendapat tempat di hati peminat novel, Ndah mengucapkan Alhamdulillah. Mahasuci, Dia yang meminjamkan perasaan dan segala keindahan untu BERIKAN AKU RINDU. Justeru itu suka Ndah nyatakan di sini, kehebatan sesebuah karya, bukan hanya terletak pada keupayaan penulis semata-mata, sebaliknya turut mengambilkira sentuhan editor juga kebijaksaan pereka grafik mevisualkan seluruh penceritaan melalui kulit novel. BERIKAN AKU RINDU terhasil dari gabungjalin itu. Terima kasih Tn. Haji Mohd Ali, selaku ketua editor, Syreena Jamil sebagai pereka grafiknya dan seterunya kepada seluruh warga penerbitan Buku PRIMA dan Karangkraf. Salam hormat dari Ndah. Kepada semua pembaca karya2 Ndah, BERIKAN AKU RINDU adalah adalah sumbangseh terbaik Ndah buat semua. Salam syg dari Indah.

Subscribe to:
Posts (Atom)