Followers

Wednesday, July 9, 2008

Jas! Tetap berlegar di ingatan saya

Kelmarin sewaktu saya menerawang website, saya terjumpa sebuah nama yang sangat-sangat tidak asing dalam benak saya berbelas-belas tahun yang lalu. Insan yang sering seiring ke kuliah, membelek kertas tracing yang besar-besar dan kadang-kadang duduk di hadapan saya merenung saya saat saya leka melakar-lakar dan menyudahkan projek. Sekalipun dia junior dan dari jurusan yang berbeza, tetapi ia bukan penghalang kepada hubungan akrab kami. Saya merasa senang dengan dengan semua itu.

Perpisahan terjadi bila semester akhir berakhir. Saya masih ingat sewaktu saya menghantarnya di Pudu Raya, saya masih belum mampu memaknai kesedihan. Pada saya perpisahan itu normal dan pada saya ia tidak berakhir selagi kami mampu berhubungan melalui telefon ( tempoh itu tidak ada email...) sepanjang menunggu waktu untuk dia meninggalkan terminal, tidak ada apa yang kami luahkan..( sekalipun kami bukan lagi di awal remaja ..)

"Emi.., Jas ke sana kejap" Ungkapnya tiba-tiba. Saya hanya mengangguk sambil memerhati lagak orang-orang yang lalu lalang di depan saya. Hampir sepuluh minit dia muncul sambil tanganya memegang sebuah akhbar lantas melabuh duduk di sebelah saya. Pun masih tidak bercakap tentang perpisahan dan apa yang bakal kami lalui selepas itu. Ia seakan-akan memberi gambaran, ia tidak memberi kesan apa-apapun. Sesekali saya menjeling ke wajahnya. Berkulit hitam manis, berambut pendek dengan sepasang mata yang jernih. Sangat menenangkan perasaan.

"Erm! kenapa pandang Jas macam tu?" Soalnya tiba-tiba. Saya, waktu itu hanya tersenyum. Tak ada jawapan pada soalannya. Pada saya, jawapannya ada dalam kepalanya. Betapa jauhnya beza antara lelaki dan perempuan dalam memaknai perasaan.

"Nanti, Jas akan tulis surat." Ujarnya tiba-tiba. Saya hanya mengangguk.

"Emi,selepas ni nak buat apa?" Soalnya lagi bila saya tidak memberi sebarang respon pada soalannya.

"Buat apa lagi? Balik kampunglah!"Dia ketawa mendengar jawapan saya.

Sewaktu pengumuman ketibaan bas ke Johor Bharu, dia bangkit. Sayapun iku bangkit sambil memberi perhatian pada penumpang-penumpang yang mula berarak untuk menaik bas yang sama.

"Emi.." Saya menoleh ke arahnya. Dia tiba tiba mengeluarkan sekuntum ros putih lantas menghulurkan kepada saya.

"Ini untuk Emi." Katanya sambil tersenyum. Saya mencapainya. Saat itu saya tidak pernah belajar memaknai erti sekuntum ros putih. Saya hanya memasukkan ros itu ke dalam poket tanpa memikirkan apa-apa selain dari rasa terharu setelah sekian lama belajar di bawah satu bumbung. Sepulangnya, saya masukkan kuntuman itu di dalam dairi. Sempat saya saksikan ia terlerai sehelai demi sehelai. Lantas, bunga ros dan dia berlalu meninggalkan saya menjadi kenangan.

Beberapa tahun selepas itu, saya terbaca tentang makna-makna warna-warna ros. Antara yang terambil oleh saya, adalah tentang ros putih. Ros Putih memberi maksud Perpisahan. Betul ke? Kalau betul bermakna, saya yang silap membuat andaian. Lelaki lebih tahu dari perempuan. Baru saya sedar, perpisahan itu yang ingin disampaikannya pada saya saat akhir pertemuan kami. Tidak hairanlah selepas itu saya tidak menerima sabarang surat darinya sebagaimana yang dijanjikan pada saya. Ah! Jahilnya saya.

Namun takdir. Hanya Tuhan yang tahu dan mengerti atas segala apa yang ditentukan. Semalam, saya langsung tidak menjangka akan menerima email darinya. Lebih memeranjatkan lagi, kedua-dua no telefon saya menerima beberapa panggilan yang tidak berjawab dari nombor asing dan sms inbox di kedua-dua nombor tel saya.

"Salam, nape x jwb saya punya call? Tq! emel sy- Jasni" Saya seperti inginberteriak. Ya Allah. Dunia ini terlalu sempit dan masa bukan jarak dan penyudahnya. Saya terus menghubunginya.

"I miss all those memories..hope we can meet again and continue those sweet memories..can we?" Saya tersenyum. Mms saya terima wajah terkininya. Hati saya tersentuh dan terharu. Totally berubah. Hanya bibir dan sepasang matanya yang tidak berubah. Ada sesuatu yang membuat saya mengucap syukur. Ungkapan Alhamdulillahpun meniti di bibir dan mengalir di hati saya. Lambang kesolehannya terpahat di wajahnya. Ingatan saya berlari pada wajahnya yang masih melekat di dinding ingatan saya.

Malamnya saya menyelongkar album usang yang masih tersimpan rapi. Dua keping saya keluarkan darinya.

"Aik! nak buat apa dengan album2 lama tu?"

"Nak hantar pada empunya diri"Sayang saya tersenyum mendengar jawapan dari saya.

"Tak sangka berbelas tahun terpisah, tiba-tiba muncul." ujar saya.

"Semua tu kerja Tuhan..siapa tahu." Dalam hati saya mengiyakan.

Hari ini dan sebentar lagi saya akan emelkan dua foto wajahnya yang kini menjadi milik saya untuk tatapannya. Biar dia melihat dirinya pada musim lampau yang pernah dia lalui. Saya yakin dia akan berterima kasih kerana saya masih menyimpan untuknya.



Salam bahagia untuk JASNI.

6 comments:

Ummi said...

sedihnya..macam kisah saya dulu2...ingatkan dia cintakan saya..rupanya itulah saatnya dia meninggalkan saya. Menbaca cerita ini mengingatkan dia pada kenangan dulu yang telah lama saya kuburkan dalam ruang yang tidak bertanah...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

jassnie said...

perpisahan itu sebenarnya bukan di atas kerelaan diri ini. Tapi terpaksa kerna menghormati hati seorang insan bernama lelaki..tidak wajar untuk mengambil kesempatan di atas bibit gelora yang sedang berlangsung tika itu..namun Alhamdulilah..Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA...kini ingin saya suburkan kembali hubungan itu biar pun di dalam hati sahaja...salam takzim..Jasni

Indah Hairani said...

Setiap orang ada memoir dan memoir itu kadangkala menjengah tanpa dipinta-pinta. Ia sebenarnya menghantar kita kembali pada laman-laman yang pernah kita jejaki..ia mebuat kita tidak lupa tempat berdiri hari ini dan kelmarin yang kita tinggalkan..AlFatihah kepada yang telah kembali...

Salam terindah buat pengunjung.

nkramat76 said...

"pertemuan dan perpisahan...menjadi lumrah hidup ini...kita hanya merancangkannya tuhan menetukan segala"sebaris lirik lagu dari awie....semoga pertemuan kalian mengeratkan lagi silaturahim..."andainya diantara kita nanti...berubah hala serta memungkiri janji jangan ada benci"...ingatan tulus...

nenas76

Indah Hairani said...

Terima kasih kepada nenas, adyla dan Jas....mengunjungi dan bersama berkongsi perasaan. Satu penghargaan buat penulis..salam hormat dan sayang selalu.

Indah Hairani said...

Id....sekalipun anda tidak meninggalkan jejak di sini, namun saya tahu anda adalah tetamu senyap yang setia. Kehadiran anda di anjung Pena ini, amat saya hargai. Percayalah, Anda juga ada di mana-mana, malah telah menetap dan hidup dalam Rindu Berbisik.

Salam sayang penuh hormat dari saya.