Followers

Tuesday, August 5, 2008

Puisi Yang Tertangguh

( Mengenang Allahyarham Muhammad Ibrahim )

Dia melabuhkan duduk
di bangku usang miliknya
sejak bermusim lalu
sambil mengelus dada
pandangannya berkaca.

Dengan perlahan
dia menghulurkan
sebatang pena bertinta jingga
dan beberapa lembar kertas
sambil berbisik
" Coretlah puisi cinta Khadijah kepada Muhammad
yang tidak bertepi menaungi mimpi suami"

Lebuh hatiku tiba-tiba sesak
ada pilu bergayut dijantungku
puisi itu masih belum sempat ku habiskan

Al-Fatihah…

Indah Hairani
Kuala Terengganu

3 comments:

Coleoptera said...

menarik sekali...hebat sungguh kenangan itu ye..sehingga boleh cipta puisi yang cukup menarik sekali...dirasakan kenangan itu payah untuk lekang dari ingatan..

Indah Hairani said...

Untuk pengetahuan coleptera, puisi itu ditulis dua tahun yang lalu....terima kasih

Coleoptera said...

SALAM SAUDARI INDAH..TAHNIAH DARI JAUH DI ATAS PENERBITAN NOVEL TERBARU.NOVEL NI SUDAH PASTI BERSANDARKAN KEPADA REALITI KAN...SDR SUDAH HEBAT DAN BOLEH DUDUK SEBARIS DENGAN NOVELIS YANG TERKENAL...CUMA KALAU BOLEH FOTO BIBIR TU LEBIH BAIK DITIADAKAN...ADA INSAN TAK BOLEH TIDUR NANTI..IKHLAS DARI SAYA...