Followers

Sunday, December 14, 2008

MENGHARGAI DAMAI

Salam damai buat pembaca,
Malam itu malam yang damai. Tidak ada hujan. Saya menikmati malam itu di dataran Putrajaya. Dengan berbekalkan sehelai tikar saya melabuh duduk memerhati pengunjung dengan berbagai gelagat. Berlari. Berdiri. Bermain. Berborak. Tidak menghirau siapa di hadapan, siapa di sebelah dan siapa di sekeliling. Mereka dengan dunia mereka, seakan melepas sejuta dendam pada kesibukan pada siangnya. Seakan malam itu adalah malam terindah milik mereka. Saya seakan ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Lantas tanpa menghirau orang lain, saya berbisik, aku ingin menjadi seorang aku. Aku ingin sendiri dalam keriuhan ini. Saya merebahkan badan berbantalkan lengan mengadap langit yang terbentang luas. Melihat bulan berwajah bulat, menikmati dingin angin yang mengelus kulit. Ah! alangkah nikmat hidup di bumi yang damai ini. Bumi tercinta. Saya mengharapkan kedamaian, keindahan ini kekal dan mampu dinikmati oleh generasi kita di masa akan datang. Malam itu saya meninggalkan dataran dengan dengan satu impian. Saya ingin setiap orang menghargai nikmat damai di bumi bertuah ini.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ww,
Go damai. Piis kata anak-anak gaul.
Saya gak begitu memahami puisi, lagi belajar. Kunjungan perdana nih, semoga jadi silaturahmi. Ditunggu kunjungan baliknya. Salam

Indah Hairani said...

waalaikumussalam buat sdr. alris,
makasih kerana sudi kunjungi blog saya..sebenarnya, kita sedang belajar memahami bahasa jiwa...salam puitis dari saya.
wassalam.

Anonymous said...

kawan,dulu aku minat bahasa satera ni tapi makin hari makin jauh ditutupi kesibukan kerja.Namun demikian aku akan tetap menatapi blog puan kurang kurang mempelajari keindahan bahasa.syedikm.

Indah Hairani said...

salam buat syed,..
Terima kasih kerana sudi kungjung blog sy..sekerang terhenti sejenak untuk melakar rasa..insya-ALLAH, setelah segalanya selesai saya akan berlama di anjung ini...
Wassalam

Anonymous said...

asskum..

ayat anda sangat puitis dan indah sekali...

Indah Hairani said...

waalaikumussalam sir, terima kasih..sudi menghayatinya..

Anonymous said...

sama-sama, teruskan berkarya..

Anonymous said...

hai sayang. kak ila kunjung ke sini. bila balik ke timur?

Indah Hairani said...

Salam Kak Ila,
adu..kak ila, kami baru sampai. Letih bangat ni..apapun sonok giler dpt jumpa kak ila..dan makasih ,.,sudi singgah di anjung ndah..