Followers

Wednesday, January 14, 2009

Puisi : Dr. Lim Swee Tim menggegar perasaan

Salam pagi,
Saya masih lagi menjadi penginap sementara di kamar 4001 menikmati malam-malam yang berlatarkan bunyi ombak. Angin yang agak kencang sesekali menerjah menggegar sliding di sebelah saya. Semalam saya menjejaki Pantai Mak Nik ( Monica Bay ), melihat anak-anak bermain bola pantai di sepanjang pantai. Berkejaran riang dgn gelak ketawa sekalipun ombak agak besar berhampiran mereka. Betapa bahagianya mereka. Saya bahagia dan bersyukur melihat semua itu. Saya tinggalkan pantai dan anak-anak dengan kenangan.

Malam tadi saya tidur dengan lenanya, tanpa igau dan tanpa mimpi. Pagi saya bangkit dan segalanya berlangsung dengan damai sehingga saya mendengar Dr. Lim Swee Tim mendeklamasikan puisi di Tv3. Ketengan dan kedaimaian perasaan saya kembali terusik. Wajah anak-anak malang menerjah dalam pandangan. Puisi itu membuat hati saya bergetar. Keharuan memenuhi ruang dada saya. Sesungguhnya saya tidak mampu lagi melihat kesengsaraan saudara seagama saya di Palestine. Hanya doa-doa yang mampu saya titipkan buat mereka. Kepada semua pembaca, saya berharap kita tidak lokek untuk menadah tangan setiap selepas solat dan bila-bila masa sahaja.

1 comment:

The Island of NAMOYAKI, said...

Salam,
dimanakah boleh saya mendengar puisi dr.lim swee tim tersebut di internet?

saya mencari kuala lumpur:sebuah citra oleh dr.LST

terima kasih dan salam hormat,