Followers

Wednesday, February 18, 2009

Cindai, Puteri Bunian. Realiti dan Fantasi...

' Cindai ditenun menggunakan rambut puteri bunian'
Saya tersenyum..itulah anggapan-anggapan sesetengah daripada kita mengenai tekstil tradisi itu. Cindai..ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Ada yang pernah menyentuhnya dan ada yang tak pernah melihatnya. Namun bila lagu cindai, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza berkumandang saya yakin pasti ada yang ikut menyanyi. Untuk makluman pembaca, Cindai sebenarnya adalah tekstil yang dihasilkan melalui teknik ikat. Ia itu benang diikat terlebih dahulu kemudian barulah ditenun. Agak berbeza dengan kain pelangi yang juga menggunakan teknik ikat celup. Pelangi diikat selepas ditenun. Cindai dikatakan berasal dari daerah Gujerat India, dan datang ke Tanah Melayu pada awal abad ke 14 melalui perdagangan. Keunikan cindai bukan hanya terletak, pada motif, corak dan warnanya, tetapi ia mengambil kira teknik penghasilannya yang memerlukan kesabaran, ketelitian dan kepakaran yang tinggi. Di India, cindai disebut Patola atau Patolu. Di Indonesia pula, cindai disebut Chinde, Cinde dan cindai. Di India, kain ini digunakan sebagai pakaian wanita. Namun demikian, apabila berada di alam Melayu, wujud kepercayaan dan mitos mengenai cindai. Dan ia dikaitkan dengan puteri-puteri bunian dan kayangan. Selain itu ia dikatakan juga mempunyai kepentingan dalam pengubatan dan pembomohan. Dikatakan juga kain ini terbahagi kepada dua, iaitu Cindai Jantan dan Cindai Betina. Apapun semua itu adalah kepercayaan masyarakat lalu. Rasanya sudah tidak relevan lagi dalam dunia serba moden ini. Apalagi, kain itu masih ada hingga sekarang.


Ya! itulah serba ringkas tentang cindai. Kepada pembaca yang ingin tahu dengan lebih detail...insyaallah saya akan bicarakan tentangnya pada penulisan akan datang





2 comments:

Anonymous said...

kak ila minat betul dgn lagu cindai siti norhaliza tu.
cadang nak buatlah cerita tentang cindai. ha, tajuknya cindai merajuk. okey tak? boleh indah tolong kak ila?

Indah Hairani said...

salam buat kak Illa...ni indah sgt2 nak hubungi kak Ila..utk itu ndah akan tolong kak illa