Followers

Friday, April 10, 2009

CEMBURU DAN TERSALAH NOMBOR...

Asssalamualaikum,
Cemburu…betul ke cemburu tanda sayang? Antara ya dan tidak sama banyak. Degupan dada saya masih kencang. Beberapa kali saya mengurut dada. Astaghfirullah....bisik saya. Tanpa sebarang salam, tanpa sebarang pertanyaan, tiba-tiba suara menyerang seperti ledakan bom. Tidak langsong memberi peluang untuk saya mempertahankan diri.
”Saya nak tanya awak, hubungan awak dengan suami saya?” Saya terpinga mendengar soalan pertama. Saya merenung nombor di skrin handset saya. Private nombor.
”Tak ada orang lain lagi ke yang awak nak ganggu?”Belum sempat saya menjawab, soalan kedua pula menyusul. Aduh! Sakit dada saya, bila peluru-peluru terus menusuk.
”Awak ni kan, saya benci awak. Saya benci!” Saya beristighfar dalam diam. Apa dosa saya ni..perang tidak, musuh tiada, tiba-tiba peluru yang datang tak sempat saya sanggah. Saya menarik nafas dalam-dalam menahan segala rasa geram.
”Boleh saya tau, siapa yang bercakap?” Soal saya. Sudah hilang sabar rasanya. Dia terdiam.
”Boleh beritahu saya, siapa suami awak?”
”Awak...awak bukan...................” Kedengaran suaranya tergagap-gagap.
”Saya...saya mintak maaf!” Belum sempat saya meneruskan kata-kata saya. Panggilan terputus. Dah Sah...TERSALAH NOMBOR. Saya menarik nafas. Bila hati telah retak. Bila kepercayaan terasa dinodai. Selalunya wanitalah yang cepat terluka. Kerana wanita lebih peka dengan perubahan. Kerana wanita lebih tahu memaknai sebuah cinta. Saya harap pembaca lelaki tidak marah dengan kenyataan saya ini. Kerana itu juga wanita banyak memiliki rasa cemburu dan curiga..Lalu saya memaafkan wanita yang tersalah nombor itu. Nasihat saya. Sebelum menekan nombor pastikan penerimanya betul. Mudahan tidak ada orang lain yang menjadi mangsa cemburunya...
Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

coba'aaannnn... sabor..sabor. sbnrnya llki / ppuan lbh krg jer.. kalo yg bagos tu bagos lar.. yg tak bagos tu yg jadi punca.

Indah Hairani said...

Terima kasih..isteri berhak untuk mencurigai dan suami harus bersedia untuk dicurigai...betulkan?

Rasha_rz said...

la... ingatkan prolog novel terbaru?
kita jumpa di booth DBP 17hb ni ye? dari pukul 3-5. kita ngobrol2...

Indah Hairani said...

Rasanya sy di sana pada 26 April, hanya satu hari....erm..tak dpt jumpa ke kita? lahai..Prolog? hidup memang drama...