Followers

Tuesday, April 28, 2009

SAYA....PESTA BUKU 2009

Salam buat semua pembaca budiman
Salam dini hari.
PESTA BUKU 2009..
Banyak yang ingin saya kongsikan..pertemuan, perpisahan, perkongsian..apa lagi? Semuanya. Penulis besar, penulis hebat, semuanya berkumpul termasuk seorang ’saya’ yang hanya bertenggek. Fatin nabila, Dyza Ainun, Zai ( Peminat setia Fatin Nabila seakan menggamit keinginan saya untuk mengekori mereka ke pesta tersebut. Aduhai, saat pertama kali melangkah masuk ke booth Buku prima, terasa kecilnya saya melihat kerumunan pengunjungan dan peminat Buku Prima. Tahniah Buku Prima. Aishah tersenyum melihat kehadiran saya, terima kasih Aishah yang sudi menyambut kehadiran Kak Ndah. Wajah En. Mohd Ali betul di hadapan saya. Saya mendekati beliau. Salam saya berjawab. Alhamdulillah. Beberapa minit kemudian Kak Sara pula yang muncul. Saya mula mengambil tempat, Aishah mencapai beberapa buah HANYA SEBATAS INI di rak lalu disusun di hadapan saya. Aduhai...beberapa pengunjung menjeling ke arah saya. Saya tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran saya. Tiba-tiba saya dikunjungi tiga orang pembaca cilik datang menyapa saya. Memberitahu tentang HSI. Terima kasih dik..Beberapa orang pengujung mencari penulis yang sedang laris. Siapa lagi kalau bukan Siti Rosmizah. Peminat dan pembaca daripada pelbagai peringkat usia. Tahniah Siti....novel-novel Siti telah sebati dengan mereka. Sedikit sebanyak saya terkena tempias Siti. Sebenarnya banyak sangat yang saya ingin kongsikan bersama pembaca. Saya juga ingin katakan, kalau selama ini saya banyak bersembunyi, namun mulai hari ini saya tidak akan berselindung lagi. Maafkan saya selama ini. Dan untuk entri akan datang saya akan berkongsi kegembiraan saya dapat berjumpa Hani Fazuha di penginapan beliau di Serdang. Kepada semua penulis Buku Prima dan Alaf 21, tahniah atas kejayaan ini. Terima kasih dik Hani.Salam bahagia

7 comments:

alaf21fc said...

Mana tempat untuk berbual ? hehehehe

Indah Hairani said...

ya....sy akan sediakan..terima kasih kerana sudi berkunjung..

kak ila said...

amboi........
bestnya bergambar dan berpesta ye? tu duduk impit2 nak mintak aura ke?

dYzA aiNuN said...

ye le, kadang2 tu perlu jugak ambik aura org lain agar kita terpercik auranya. terutama aura ct rosmizah dgn AIT & CKDA..Hmmm, nak got auranya....

Indah Hairani said...

yUPPP....
Betul ckp Dyza tu kak ila...gn kak Ila pun...aura gak...

Anonymous said...

best gilerrr...

Siti Rosmizah said...

Emm...patutlah asyik tersedak je ada org mengumpat kita di sini ya....., isyh sjk bila pulak x blh duduk impit2...jangankan nak berhimpit klau boleh nak duduk atas pangku...ha ha