Followers

Wednesday, June 10, 2009

SAYA SUDAH TIDAK SABAR......

Assalamualaikum. Apa kabar? Sudah beberapa lama saya tidak entry blog. Rindunya saya..Banyak yang ingin saya cerita...tentang novel baru, tentang projek yang sedang saya jalankan. Saya masih ingat, minggu lepas saya berpeluang bercakap dengan En. Mohd Ali tentang novel baru saya yang dijangka berada di pasaran dalam waktu terdekat ini.
”En. Ali tahu, saya menunggunya seperti menunggu kekasih.” Beliau ketawa besar mendengar kata-kata itu.
”Sabar...” Kata beliau pendek.
”Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ni, En. Ali.” Sekali lagi dia ketawa.
”Sungguh!” Kata saya menguatkan lagi ungkapan saya itu.
”Covernya macamana?” Soal beliau lagi. Saya merenung cover yang berada di tangan saya. Saya terima melalui email yang dihantar oleh Norsuraya yang lebih mesra dengan panggilan Su. Terima kasih Su. Terima kasih Aishah ( Cah ) Saya tersenyum. Sesuai dengan jalan cerita dan tajuk, bunga borgunvilla bersama imej seorang perempuan buat saya sangat berpuas hati. Sentuhan Syreena Jamil bersama gabungan idea editor mengkagumkan. Ternyata kreativiti rekaan dan idea pada kulit-kulit novel mutakhir ini menggembirakan semua penulis-penulis. Saya yakin. Bukan hanya saya berpendapat sedemikian. Lihatlah kulit novel KAU TERCIPTA UNTUKKU, novel Shahriah Abdullah, CINTA KAU DAN AKU, Siti Rosmizah dan banyak lagi novel penulis-penulis lain. Kulit memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menarik minat pembaca. Tahniah kepada pereka grafik.
”Macamana?” Saya tersentak bila soalan kedua dari En. Mohd Ali.
”Cantik. Hiba saya melihat imej perempuan tu. Terima kasih En. Ali” Jawab saya.
”Alhamdulillah...yang penting, penulis gembira...kami cuba buat yang terbaik.” Ungkap beliau. Inilah keistimewaannya. Layanan seperti itu, membuat ’penulis’ seperti saya ini terasa dihargai. Sekalipun, saya tidak sehebat penulis-penulis lain di bawah penerbitan yang sama. Bermula dari percakapan itu, saya mula tidak sabar menunggu hari-hari yg datang dan pergi. Memikirkannya, saya seperti ingin mempercepatkan perjalanan matahari dan bulan, namun bila memikirkan, tarikh perasmian PAMERAN WARNA-WARNA PELAMINAN MALAYSIA yang akan dirasmikan pada 22 Jun 2009 ini, saya ingin saya seakan ingin menahan matahari...saya sedang berhempas pulas menyiapkannya. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga penerbitan BUKU PRIMA, di semua peringkat, bermula dengan edit sehingga terbit dan berada di pasaran. Terima kasih atas segala-galanya. Saya berdoa, setiap novel-novel terbitannya mendapat sambutan daripada pembaca seluruh negara, sebagaimana penerbitan2 lain. Kepada pembaca, saya akan paparkan dalam blog setelah ia berada di pasaran....Salam bahagia

2 comments:

Rasha_rz said...

hai indah. assalamualaikum.lama juga ila tak ke sini. pelmacam perkara berlaku dlm sekelip mata. itulah suka duka kehidupan, mahu tak mahu kita hambaNya wajib pasrah.tahniah, novel indah akan terbit dlm waktu terdekat. dengar2nya bila? Jun/julai/ogos? atau sudah bergerak dipasaran? tahniah sekali lagi kawan.semoga terbitan kali ini lebih panas & lebih meletup.Amin......

Indah Hairani said...

InsyaALLAH..dalam waktu terdekat...indah sendiri seperti pungguk ni....hwaaaaa.....