Followers

Thursday, July 2, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam saya ke Perpustakaan Negeri Terengganu bersama Wikunilla ms untuk berbincang tentang program bicara karya anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Grup Teater Asyik. Antara karya yang bakal dibincangkan adalah antologi puisi, Skrip drama dan novel kanak-kanak. Bila sebut novel kanak-kanak, ini bermakna Rindu Berbisik tidak terlibat dalam bicara tersebut. Walaupun pada awalnya Rindu Berbisik tersenarai untuk dibicarakan. Rindu Berbisik sebenarnya dikategorikan novel remaja.Novel sahabat saya Dyza Ainun, Wajah Seorang Diya Hanum telah dipilih. Satu perkembangan yang cukup menarik bila karya terpilih. Tahniah Dyza. Dan sebagai rakan seangkatan, saya juga berharap karya saya juga terpilih untuk dikritik dan dibincangkan. Hasil perbincangan, program tersebut akan diadakan pada 16 Julai nanti. Sayangnya pada tarikh tersebut saya tidak ada di Terengganu…..Apapun kepada Dyza, tahniah!
Wassalam

2 comments:

Rasha_rz said...

Indah sungguh...
seindah namanya. tahniah kawan. ila dah tengok & baca ulasan novel awak - di hujung ranting.
tukar suka = suka nak? SCL kak ila mungkin akan tebit julai ni.

Indah Hairani said...

boleh.....ndahpun task sempat nak selak blog kengkawan...nanti ndah akan usahakan..ada beberapa org yang ndah blum tunai janji...