Followers

Wednesday, August 19, 2009

Ada jugak orang macam ni..,...ish

Assalamualaikum dan salam pagi,
Pagi ini sangat indah. Suasana damai. Berbeza dari hari-hari biasa. Dengan mendengar alunan lagu-lagu puisi Abiet G Ade, saya memandu dengan tenang. Saya melewati jambatan yang merentangi sungai Terengganu melihat kabus pagi yang menyelimuti permukaan sungai. Kapal-kapal dan perahu nelayan kelihatan seperti sebuah lukisan Senario yang sangat indah di mata saya. Indahnya alam ciptaan TUHAN ini, bisik saya. Saya seperti tidak mahu keindahan itu hilang dari mata saya. Saya menarik nafas dan memejamkan matas sesaat.

Ping! Hoi! Cik kak oi! Satu jeritan dari sebuah motosikal. Saya tersentak. Saya menjeling dari cermin sisi. Subhanallah! Satu barisan panjang di belakang saya. Beberapa pemandu kenderaan dari arah hadapan memandang ke arah saya dengan senyum sinis. Dengan sisa terkejut dan malu, saya terus menekal pedal minyak Kenderaan saya menluncur laju. Hanya beberapa minit, saya telahpun memakir kenderaan saya di pejabat. Beberapa minit saya masih di stering memikirkan senario yang berlaku itu. Saya tertawa sendiri. Ada jugak orang macam ni..rungut saya pada diri sendiri. Harap-harap tidak ada orang lain seperti saya. Menyusahkan orang lain...

Apapun keindahan, ketenangan yang saya nikmati sekalipun sejenak, mampu membuat saya senyum sewaktu melangkah kaki memasuki ruang pejabat. Dan secara tak langsung, ia membuat saya lupa sejenak pada perit yang sedang dilalui dalam menyiapkan manuskrip dan menghadapi kitikan-kritikan pedas pembaca. Hendaknya esok, senario yang serupa mampu saya nikmati lagi tetapi bukan sampai menyusahkan orang lain...

Salam sayang buat semua.

6 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam hormat buat penulis,
seINDAH namanya..
:)

segala yg dilalui sepanjang hari itu, pastinya bisa mbuahkn ilham buatmu mnulis..
semoga terus bjya mhasilkn karya yg baik..
:)

*lagu2 ebiet g.ade sememang mdamaikn..
:)

Indah Hairani said...

Assalamualaikum..
Terima kasih sdr..Amal. Terima kasih...doakan saya. Ya saya peminat tegar ebiet g ade..tp syg sukar utk dapatkan dan didownload...

*~Miss Lisa~* said...

Assalamualaikum..
Kisah pemandu tertidur di dalam kereta ketika di lampu isyarat pernah diceritakan oleh ayah saya. Dia pernah dua kali mengetuk tingkap kereta pemandu yg tertidur tu. dan kedua-duanya merupakan golongan wanita. Hehe. Mungkin penat sangat. yang penting, kena berhenti di tempat yang selamat kalau mengantuk ketika memandu. :)

Indah Hairani said...

Waalaikumussalam dik Lisa,
Dua hal, terleka dan tertidur..
Keasyikan sering boleh buat kita terleka. Terima kasih lisa kerana sudi berkunjung..

Bang Aswi said...

Ralat: Ebiet G. Ade ^_^
Nulis buku tentang apa lagi Puan Indah?

Indah Hairani said...

Salam Bang Aswi,
Makasih kerna sudi kunjung blog Ndah atas pembetulan itu..saya sedang nyiapkan manuskrip utk novel baru...