Followers

Monday, August 3, 2009

demi CASTLE CINTA DEADAY....saya lakukan apa saja..

Assalamualaikum,
Selamat pagi seawal subuh kepada semua. Jam 3 pagi saya bangkit setelah saya meletakkan kepala di bantal pada jam 11.30 malam. Beberapa hari kebelangkangan ini saya agak risau dengan perkembangan penulisan saya. Sepanjang menghadiri konvensyen tempohari hanya beberapa ayat yang mampu saya tapi dak boleh dikira berapa ketukan pada laptop saya. Ha ha biarpun pada awalnya, saya jangkakan inilah sedikit peluang untuk saya berkarya bila berada di luar. Ternyata tidak. Saya lebih memberi tumpuan pada kertas-kertas yang dibentangkan oleh presenter sepulang ke bilik penginapan. Paling tidak saya akan membelek-belek sekali lalu sebelum tidur atau berehat. Mungkin kerana bidang yang saya minati, saya tidak melepaskan peluang untuk mendalami dan memberi perhatian. Jadi tidak ada langsung peluang untuk saya bertemu watak-watak saya. Deaday, Imran Hadi dan Raziq. Tidak ada ‘dating’ Itu bermakna tidak ada penulisan. Dua hari lepas, sahabat penulis hubungi saya. Dengan bahagia dia memberitahu saya, dia telahpun menjangkau 450 mukasurat. Hwaa…Sedangkan saya masih merangkak-rangkak dengan idea-idea yang seringkali tersangkut-sangkut. Aduhai…kerana itu saya harus merealisasikan kata-kata saya. Kata-kata yang sering saya luahkan untuk memotivasikan diri saya. Kalau ingin Berjaya, kita harus berani mengorbankan beberapa perkara. Antara yang teratas adalah Waktu.Korbankan waktu rehat. Korban waktu tidur. Korbankan waktu bersama orang tercinta. Sekalipun sangat berat untuk saya tinggalkan, bantal, selimut dan tilam empuk, namun demi ‘CASTLE CINTA DEADAY’ saya korbankan segalanya. Kepada pembaca yang saya kasihi. Doakan kejayaan saya. Salam sayang dari saya.

4 comments:

AzmaMurni Aziz said...

salam Indah..

Terkadang untuk berkarya perlukan ruang dan pengorbanan yang bukan sedikit. Tapi terkadang pula.. idea itu mencurah apabila kita mendekati kehidupan tanpa sebarang paksaan.

Sekadar pendapat.. bagi Qasih.. berkarya tidak hanya memerlukan daya kreatif. Setiap karya perlukan JIWA dan KEKUATAN.. kerana dari situlah wataknya hidup bersama pengkarya dan pembaca.

Qasih doakan moga Indah terus sukses mencurah jiwa dalam setiap karya-karya Indah.

Indah Hairani said...

waalaikumussalam Qase....terima kasih atas kunjungan Qaseh..Ya!
berkarya perlukan JIWA dan KEKUATAN...dan setiap watak hidup bersama pengkarya...terima kasih Qaseh

Mazni Aznita said...

kak indah yang berbahasa cukup indah...

Castle Cinta Deaday, tajuk yang indah seindah nama Indah Hairani itu sendiri. Semoga jari-jari k indah akan terus menari-nari di ats kekunci laptop hari demi hari.sama-sama kita kuatkan semangat untuk menulis ya k indah..

Indah Hairani said...

Salam Nita..
Terima kasih dik...doakan kak indah semuga segala mimpi akan jadi kenyataan...
sayang dari kak inda..h