Followers

Saturday, August 1, 2009

TERIMA KASIH SEMUA...



Assalamualaikum,
Salam sayang buat semua. Saya ditanya oleh seorang rakan. Tak ada launching ke DHR? Saya hanya tersenyum. Minggu lepas soalan itu juga ditanya oleh rakan saya dalam Grup Teater Asyik juga orang kuat dalam GTA. “Kita jemput penulis-penulis anak Terengganu dan rakan-rakan penulis untuk datang” kata Wikunilla ms lagi. Saya termenung di hadapan beliau. “Tak ingat macamana kita launching RINDU BERBISIK dan HANYA SEBATAS INI?” Saya pandang wajah sahabat saya. “Kau cakap dengan pihak penerbit sepatah, mohon wakil penerbit hadir…editor ke..” Saya hanya tersenyum. Tak ada jawapan yang dapat saya berikan. Perlu ke pelancaran untuk DI HUJUNG RANTING? Mengenang pelancaran RINDU BERBISIK dan HANYA SEBATAS INI, ia diadakan sempena MALAM PUISI ABADI serentak majlis pesaraan Cikgu Ali Jusoh, seorang penulis besar tanah air yang kerap mendapat berbagai anugerah. Ia dilancarkan oleh YB Ahmad Razif. Novel Dyza Ainun LAMARAN HATI turut dilancarkan. Kehadiran nama-nama besar pada majlis tersebut memberi semangat kepada kami. Hilmi Rindu, Marzuki Ali, Mahani Sulong, Kartina, Dyza Ainun dan beberapa orang lagi memberi isyarat orang-orang baru seperti kami ada di hati dan mata mereka. InsyaALLAH, DHR tetap mendapat sambutan, dengan promosi-promosi oleh pihak penerbit dan ia telah saya anggap ‘pelancaran’ buat DHR. Terima kasih Buku Prima, terima kasih pembaca DHR. Dengan sokongan dan dokongan semua saya semakin bersemangat. Salam saying sekali lagi buat semua. Wassalam.





Saya bawa kembali cover HSI..

No comments: