Followers

Sunday, January 31, 2010

Bilakah saya akan kembali...


Assalamualaikum...
Telah lama saya tidak mengambil peluang untuk berada di dada pantai pada waktu-waktu malam, melihat bulat wajah rembulan atau merasai elus angin dan sesekali menghirup aroma asin air laut. Rindu saya pada suasana indah itu. Kalau selama ini saya hanya menguak daun jendela dan berlama sambil melihat keindahan anugerah TUHAN itu dengan penuh khusyuk sekadar dari jendela. Namun keindahan tidak sama yang saya rasakan sewaktu berdiri di dada pantai. Dan saya besyukur kerana saya dilahirkan di bumi yang sangat menarik ini dengan hamparan pantai yang mengunjur. Malam tadi saya mengambil peluang untuk menghayati suasana yang indah itu, tetapi bukan di pantai tempat biasa menghabiskan waktu-waktu damai saya, tetapi kali ini saya mengambil peluang ke Dataran Shah Bandar, taman yang berdepan dengan muara sungai dengan laut yang damai. Sewaktu saya melangkah keluar dari kenderaan, saya terus mendonggak dan melihat wajah bulan di celah daun rhu. Indahnya suasana yang tidak tergambar dengan kata-kata. Saya memimpin Nabila dan melangkah ke dataran. Semalam saya terima perkabaran Gieeka dan rakan-rakan akan kembali membuat persembahan di sini, dan terkebetulan dengannya juga, saya mengambil peluang untuk berada di dataran ini. Sambil mendengar alunan muzik dan suara Kanda Hasnor, saya turut menikmati dingin elusan angin pantai. Kalau tidak kerana saya Nabila bersama saya, sudah tentu saya akan lebih berlama di dataran. Saya meninggal Dataran Syah Bandar setelah hanya sempat mendengar 3 persembahan. Namun apapun saya tetap puas dengan segalanya. Dan sepanjang memandu pulang saya kembali memutarkan lagu-lagu Abiet G Ade sementara Nabila telah lena di belakang. Dan saya tidak pasti bilakah saya akan kembali menikmati keindahan2 seperti itu.
Salam sayang buat semua pembaca dan pengunjung

4 comments:

AkuLaGua said...

Salam terindah buat k.indah. Kehebatan dada pandai di waktu malam sememangnya tidak dapat ditandingi. Di situ luahan hati... di situ keresahan diubati... si situ segalanya dikongsi.

Sham@GF said...

Salam Pn Ndah, yg ini realiti atau fantasi?

Indah Hairani said...

Salam Sham..
Tidak payah untuk berada di pantai, melihat bulan atau melihat matahari. Diwaktu siang atau malam. Pantai, bulan dan matahari ia satu reality yang ada di depan mata kita. Wassalam

Indah Hairani said...

Salam buat adik ALG...
Intai malam dengan perasaan...salam dari k Ndah.