Followers

Monday, March 8, 2010

AMPUNKAN SAYA....

Apa dah jadi...
Kecuaian buat kita hilang banyak hal.
Entri...kenangan, catatan malah dengan kecuaian kasih sayang boleh hilang. Silapnya cuma sedikit. Terselect dan kemudian tertekan, semua hilang dalam sekelip mata. Hal yg sama pernah berlalu pada manuskrip saya, silap hanya tidak back up, berbulan memerah otak, hanya seminit hilang. Walaupun kecuaian itu tidak 100% dilakukan saya, namun kecuaian dan kealpaan itu buat usaha saya hilang begitu sahaja. Manus krip BILUR-BILUR DI HATI lenyap sekelip mata. Berkali-kali budak di kedai komputer meminta maaf dari saya. Namun ia tidak dapat membayar banyak perkara dalam menyiapkan manuskrip itu. Begitu juga manuskrip saya AKU BUDAK MAINTANANCE, juga menerima nasib yang serupa. Aduha.... Dan hari ini entri saya tentang mak juga serupa. Apapun saya tetap ingin mengungkapkan ampunkan saya. Salam penuh kasih buat mak dan saya tahu mak juga sayangkan saya seperti anak2 mak yang lain, sekalipun sy tidak sehebat anak-anak mak yang lain dalam memberi kasih sayang dan menjalankan tanggungjwb sebagai seorang anak.
wassalam

4 comments:

Penabahari said...

Salam Indah,
Ada kelapangan jenguk ibu Indah. Tentu dia amat merindui anak-anaknya. Semoga ibu Indah cepat sembuh.

Indah Hairani said...

Baru sebentar mendengar suara ibu...ya terima kasih atat ssegala nasihat tuan
..

HARIS INDERA said...

tidak perlu bertanya pada diri adakah anda anak yang baik atau tidak...kerna sy sudah sedia tahu anda memang seorang yang baik...
anda nak yang baik, anada isteri yang baik,anada ibu yang baik...dan anda juga sahabat yang ikhlas dunia dan akhirat....

terima qaseh indah....bintang disurga

Indah Hairani said...

Salam buat sdr. Haris Indera..
SUBHANALLAH...
Saya hanya rerumput di bumi
Terima kasih..