Followers

Saturday, May 8, 2010

Mak....sayangggggggg mak



Siang tadi saya bersama mak, kami berjalan berpimpin tangan. Seperti tak ingin saya lepaskan. Tiba-tiba saya memeluk bahu mak. Mak ketawa. Beberapa mata memandang ke arah kami. Mak menjeling saya. Saya makin kemas memeluk bahu mak. Lagak seperti memeluk kekasih.
“Tak payah peluk mak macam ni.” Saya tahu mak segan bila mata memandang ke arah kami.
“Sebab…Ndah sayanggggggggggggg mak.” Kemudian saya ucap sekali lagi.
“Mak….sayangggggggggg mak.” Mak tersenyum.. saya memeluk mak sehingga masuk ke kereta.
Kenderaan bergerak. Suasana sepi sejenak.
“Mak bertuah. Anak mak semua baik-baik.” Tiba-tiba mak bersuara. Saya terkedu. Tangan mak saya gemggam.
“Terima kasih mak. Kamipun bertuah jadi anak mak.” Ungkap saya penuh perasaan. Mak tersenyum memandang ke arah saya.
Sayalah anak paling bahagia. SELAMAT HARI IBU MAK.

11 comments:

along said...

happy mother's day!!!!

Penabahari said...

Salam,
Memang sebnarnya ibu Indah bertuah punya anak yang menyayangi seperti Indah. Selamat Hari Ibu buat bondamu, semoga berbahagia dan sejahtera jua.

Indah Hairani said...

salam dan terima kasih tuan,
Indahpun bertuah memiliki ibu sebaik ini dan Ndah selalu ucapkan perkara yang sama pada beliau...IsyaALLAH indah akan sampaikan ucapa tuan pada beliau...wassalam..

Indah Hairani said...

Buat along...TQVM..

i2b said...

Jadi Rindu sama Ibu di rumah..:)

Indah Hairani said...

salam buat i2b..pulanglah dan temui ibu, masih ada peluang...

gunx said...

wah...anak yang mithali...

Masbi Ar said...

beruntunglah bagi mereka yang maseh ada emak atau ayah...boleh lah tempat bermanja dan mengadu....setengahnya tu pula ada ibu dan ayahpun buat macam tak ada ibu dan ayah......saya hormati kamu Indah....

Indah Hairani said...

Tq gunx...
tqvm

Indah Hairani said...

Terima kasih jugak pada Masbi Ar...
setiap org ingin yang terbaik dan anak yang terbaik..

rusliesophian said...

Salam, Ibu adalah ratu hidupku.