Followers

Tuesday, January 31, 2012

RESTU....owh RESTU....

Letihnya, tak disangka, bangunan yang terpacak di atas bukit itu akan saya panjat setiap hari, kalau macam nilah hari-hari, tak tahulah macamana rupanya bila habis nanti...saya menggeleng-eleng kepala merenung RESTU, yang diapit oleh SAUJANA dan TEKUN. Ya ALLAH dunia kampus kembali mencabar, kalau dahulu, saya memanjat bukit untuk ke HBP, kini saya kembali dengan cabaran yang serupa namun lebih mencabar...beberapa hari saya berlegar dan tidak dibenarkan membawa kenderaan ke kawasan asrama, Ya ALLAH, pengawal keselamatan sgt tegas. Masya-ALLAH. Tolonglah saya encik, dah sgt tak larat saya nak memanjat bukit ni...dengan senyum dia menjawab. Maaf..kalau saya lepaskan puan, semua kat belakang nak ikut sama masuk ke dalam..akhirnya saya kembali memandu ke padang kawat sebagaimana yang diminta. Menapaklah saya bersendirian pada kejauhan malam...terima kasihlah kepada petugas di pintu masuk Asrama TEKUN, RESTU dan SAUJANA kerana tetap senyum, walaupun dimarah..dan saat ini semakin tak marah, saya dapat memakir kederaan saya betul-betul di tepi tingkap kamar saya...ALHAMDULILLAH...

3 comments:

Tetamu Istimewa said...

Salam ziarah. Semoga terus tekal memartabatkan dunia penulisan. Saya pernah melihat karya Indah Hairani di media.

Indah Hairani said...

Salam terindah buat Tetamu Istimewa, terima kasih kerana sudi berkunjung...semoga ia menjadi satu doa untuk saya..

Anonymous said...

restu owh restu....bagaimanakah saya boleh kehilangan kad matriks...?? tetapi kad saya masih lagi seperti sediakala...saya tidak tahu bagaimana mahu membalas jasa si penjumpa kad matriks saya...saya sangat-sangat berterima kasih atas notes yang ditampal di dinding..sungguh prihatin warga restu..tqvm