Followers

Wednesday, April 29, 2009

ADUHAI...ADUHAI..SIKIT LAGI...

Assalamualaikum..
Salam pagi, salam matahari...hari ini saya akan berangkat pulang ke Terengganu setelah hampir seminggu berada di KL..kenangan sepanjang tempoh tersebut masih berlegar di ingatan. Kesempatan menempel pada dua hari-hari terakhir di Pesta Buku, banyak memberi peluang saya bersemuka atau melihat dari jauh nama-nama besar dalam penulisan, begitu juga orang-orang penting dalam berbagai penerbitan. Tak lupa pada orang-orang yang menyapa dan mengusik di blog. Mersik / Pok Cik ( yang tidak tua...), abang long ( yang sentiasa tersenyum..) Saya masih ingat Mersik ketawa bila saya cakap wajah Pok Cik sangat muda tidak seperti di blog. Saya juga sesekali bergerak ke sebelah, bertemu penulis-penulis alaf, bukan sebagai ’ indah hairani’, bercakap bersembang. Terima kasih Anis, Leeya, Sania, Fatin..Ramlee Awang Mursyid...aduh masing-masing tak menang tangan dengan kerenah peminat. Begitulah..kalau karya sudah berjaya memenangi hati pembaca. Namun mereka tetap tersenyum. Pada hari terakhit, Hani Fazuha muncul sebagaimana yang dijanjikan...orangnya sangat cute, sentiasa tersenyum, mesra..saya sempat mendapatkan RINDU BERBISIK untuk Hani..penghargaan terima kasih pada Hani yang sudi menghayati dan masih mengingati keseluruhan isi dan bercerita tentang HANYA SEBATAS INI. ”Saya sangat suka bahasa kak Ndah. Tak sangka dapat jumpa..saya ingat segala ceritanya” Hani sempat bercerita tentang HANYA SEBATAS INI, malah menyebut nama-nama watak. Terima kasih dik! Saya sempat mengambil peluang naik ke tingkat atas ke booth DBP untuk menjenguk rak-rak buku. Mencari RINDU BERBISIK. Hanya tinggal sebuah. Betul ke? Atau DBP tak bawa? Saya melangkah meninggalkan booth DBP menyelit diri dalam sesak. RINDU BERBISIK saya lupakan, sehingga bertemu dengan En. Mi ( DAWAMA ). ”Ndah..laa awak ada datang ke? Tak cakappun.” Saya hanya tersenyum. ”RINDU BERBISIK tak bawak ke?” ”Eh! Apa tak bawaknya! Alhamdulillah Ndah, memberangsangkan.” katanya. Saya tersenyum. .Aduhai...banyak...banyak..tak tercerita..akhirnya pada jam 6.00 petang kenderaan jabatan telah tiba di PWTC untuk menjemput saya..untuk tugas-tugas rasmi selama empat hari selepas itu. Dengan mengheret bagasi yang besar, saya mencelah orang ramai untuk keluar, Fuh!! Lalu PWTC saya tinggalkan. Terima kasih semua..terima kasih kenangan..tahun depan kita jumpa lagi. INSYA ALLAH. Dan...sekejap lagi saya akan berangkat pulang ke Terengganu setelah 6 hari berada di sini. Saya sudah sangat rindu pada insan-insan tercinta di Terengganu. Wassalam.

3 comments:

Abang Long said...

Yang sebetulnya, Abang long hanya sempat mengambil gambar, tetapi tidak sempat untuk berbual. Ada yang kata Pesta Buku adalah tempat untuk bertemu, tapi Abang long kata "hanya tempat untuk berkata - hai sahaja"

Indah Hairani said...

Terima kasih Abang Long, kita terima hakikat itu abang long..kalaupun kita mampu berbual panjang, pasti ramai yang tidak sempat kita sapa.
wassalam..

en_me said...

me tak pi pesta buku this year.. uhuhu.. salammms