Followers

Thursday, October 22, 2009

CASTLE CINTA DEADAY dan Bila Sifu enggan pinjamkan bukunya..

Salam buat semua…
Alhamdulillah….saya pusing2 tengkuk dan leher, luruskan tangan dan jari-jari..saya nak tidur lena selepas ni. Lupa sejenak pasal menulis. Castle Cinta Deaday dah siap. Alhandulillah. Syukur sgt kepada ALLAH. Siap jugak CCD tu..So nak tumpukan pulak pada novel-novel baru. Kawan-kawan. Saya tak sabar nak cari novel baru Hani Fazuha dan tak sabar nak habiskan novel Fatin Nabila setelah berhempas pulas mempertahankan SYURGA DI HATI tak terbang ke Korea ke, Jepun ke... Dan janji pada diri sendiri tak akan meminjamkan pada sesiapa lagi novel koleksi pripadi. Kecil hati bila peminjam tak pulangkannya. Rasa mcm nak ketuk2 je jari…Mungkin ada yang cakap keterlaluan, bila di rak buku saya ada tertulis, sorry tidak untuk dipinjamkan. Kadang2 rasa mcm nak ketawa. Dalam rumah kita, rak kita, milik kita, kita labelkan macam tu…mungkin ramai yang senasib dengan saya. Tidak hairanlah, ramai penulis-penulis yang saya jumpa, mereka tidak sekali-kali meminjamkan koleksi peribadi pada orang lain. Saya pernah meminta dipinjamkan sebuah novel koleksi Ali Jusoh. Waktu itu dia hanya menjawab. “Oh…maaf, saya tak dapat pinjaman awak…” dalam hati saya, “sampainya hati sifu.” atau mungkin hanya pada saya? Kini baru saya faham, bila rak buku kelihatan longgar. Mungkin novel Hani Fazuha dan beberapa buah lagi yang menarik perhatian saya dan dah ada dalam kepala untuk dibeli dan ditelaah..Dan sekarang benar2 nak rihat. Jam dah 3 pagi.. Lenguh2 semuanya. Tidur saya sgt telat kebelakangan ini, buat saya terfikir bagaimana penulis-penulis dahulu menulis tanpa kemudahan spt hari ini namun dapat menghasilkan karya2 hebat dan harum dalam ingatan setiap pembaca. Fuh! Takjub. Tahniah kepada sifu dan orang 2 terdahulu. Salam sayang buat semua.

2 comments:

Hani Fazuha said...

Salam kak..wah! sampai sebut2 dalam N3 nak cari buku saya...Rasa bangga pulak....he3
Kak! nak bagi pinjam boleh tapi sebelum bagi kena warning awal2. kalau hilang mesti nak kena ganti baru. Tapi kalu yang lama2 tu baik xyah bagi pinjam sebab nak beli baru stok memang susah nak dapat.

Indah Hairani said...

Hani tau, kndah dah sgt tidak sabar untuk bermalam BEBUNGA KASIH.
Bahasa, garapan dalam MENGUKIR BAHAGIA masih melekat di hati kndah.