Followers

Monday, December 21, 2009

VILLA CINTA .....



Assalamualaikum..
Sebaik sahaja menghantar manuskrip terbaru ke penerbit, saya seperti ’merdeka’. Lapang dada. Saya boleh berlama tanpa memikirkan penulisan yang sering tersangkut kerana kekeringan ilham. Saya mula ada ruang untuk membelek buku rakan-rakan penulis dan sekali sekala bersembang dengan mereka melalui YM atau telefon. Malah saya boleh berlama-lama termenung. Saat begini buat saya rindu pada kenangan-kenangan yang pernah saya tinggalkan lebih-lebih pada pahit manis sepanjang menyiapkan novel-novel saya sebelumnya. Pada saya novel paling romantis dan menyentuh perasaan adalah RINDU BERBISIK.
Watak-watak ADAM, IDHAM, ISKANDAR dan ZULAIKHA buat saya kembali membelek-beleknya bila saya rindu. Ada sesuatu yang sangat bermakna dalam novel itu. Sementara DI HUJUNG RANTING, pada saya DHR agak mengigit perasaan, dan saya banyak menerima kritikan dan kemarahan dari beberapa pembaca.
< Pernah saya dihubungi seorang lelaki dengan marah-marah kerana menghasilkan novel sebegitu rupa. Saya hanya terdiam dan membiarkan lelaki itu melepaskan segala ketidakpuasan hatinya. Kalaulah dia menghayatinya secara mendalam, dia dapat melihat bagaimana saya mengangkat darjat seorang suami sebegitu rupa supaya adil sebagaimana saya meletak watak MAWARDAH. Sebagai isteri yang sentiasa mengalah dan pasrah. Maafkan saya. dan terima kasih kerana sudi menghayati DHR.
Namun pengalaman menulis HANYA SEBATAS INI sangat meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya. Imaginasi saya sangat kuat sehingga pada suatu masa saya seakan berada di sebuah daerah pergunungan Indonesia. Bunyi air yang mengalir dicelah-celah batu kecil seakan kedengaran di telinga saya dan kejernihan yang menampakkan dasar kali. Kewujudan VILLA CINTA adalah diilhamkan daripada sebuah villa di tepi pantai Teluk Ketapang yang saya kunjungi setiap hujung minggu.

Semua itu membuat saya terkenangkan DANI RAMDANI, watak utama yang menggerakkan seluruh cerita dalam HSI. Semalam saya kembali ke Teluk Ketapang dan melihat ’Villa Cinta’ itu. Saya berlama di pantai berhadapan villa tersebut dan mengenangkan bagaimana NUR QASEH menangis dan HARIS terhiris dengan dengan kemelut perasaan bersama NUR QASEH. Mungkin tidak semua orang seperti saya namun itulah hakikat bila saya menghasil sesebuah penulisan novel. Dan saya sangat ingin berkongsi dengan semua orang. Salam sayang dari Ndah buat semua.

2 comments:

Rasha said...

Dan...
saya sudah berkongsi rasa. begitu sekali emosi Ndah bila awak berkarya ya? tidak serupa sama sekali dgn cara saya. jauh beza. entah kenapa saya macam bukan penulis, kan? tidak sepuitis Ndah & jarang seemosi Ndah.
Dan, kini saya juga sudah ke garisan penamat - LARA DI JIWA AJYM sudah selesai....
saya juga bebas kini, tidak lagi dibelenggu, hanya menunggu tarikh terbitan KEMBOJA DI HATI (DBP) tak lama lagi dan, LDJA,entah bila....

Indah Hairani said...

Salam....
Taniah Rasha atas siapnya manuskrip LDJA...lain orang lain cara Rasha...Rasha tatap penulis malah sangat hebat. Sy selalu menjadikan Rasha penggerak semangat..percayalah..Tahniah sekali lagi..